[RASMI]-Tips Bercuti Ke Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah


Timeline Cover
Timeline Cover
Tips Bercuti Ke Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah



Alhamdullilah, berjaya akhirnya kami pergi ke sini. Mana lagi Kundasang-KK, Sabah.
Entry ini adalah untuk sesiapa yang berminat bercuti atau mengembara ke Kundasang- Kota Kinabalu.
Admya masih mengekalkan tips yang sama iaitu destinasi Bajet. 


Sebelum Berlepas:

1. Macam biasa kena book tiket dahulu. Kalau beli time promo, boleh datang kurang dari RM300 (return).
2. Perjalanan kali ini hanya dalam negara, jadi passport tak diperlukan melainkan anda bercadang nak singgah ke Brunei. Jika ke Sabah, hanya perlu bawa kad pengenalan. Jika bawa anak-anak, jangan lupa bawa my kids depa.
3. Tempah@book kereta awal. Selewatnya sebulan sebelum tarikh anda pergi.
4. Tempah hotel
Ada 2 pilihan:

  1. sama ada booking terus melalui owner kereta sewa(kadang2 dorang ada pakej (kereta-hotel) sekali
  2.  booking hotel sendiri.

Hotel di Kundasang.


Admya memilih Mile Lodge 36 
Harga murah, service ok.Cuma takde view.(Bajet kan)
Hotel ni tak perlu air con dan kipas, dah sejuk..Tidur dalam selimut pun terasa sejuk gunung.

Kalau nak view Gunung Kinabalu, 
stay around Pekan Kundasang. Contoh hotel - Pine resort.

Iternerary Hari Pertama.

Flight touch down, kami call owner kereta sewa untuk pick up.
Tips
Paper yang diberi di Imigresen Sabah perlu disimpan hingga keluar Sabah. Jadi paper tu perlu diberi semula masa check in flight balik Semenanjung.

Kami sewa kereta + pemandu sekali. sebab tak berani nak drive naik ke Kundasang. (maklumlah all girls)
Tapi bagi pergi by group dan plan sewa van, admya nasihatkan ambik driver sekali. 

Kami terus ke Kundasang(perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dari Airport KK.
macam ni la perjalanan dia, kalau ada lori di hadapan, jadi le keretapi sekejap.


First stop- Rumah Terbalik

Honestly, tak berbaloi pergi Rumah terbalik ni. Reason:
  1.  tak boleh ambik gambar dalam rumah
  2.  Tiket rm10.60
  3. Tour tak sampai 10 minit je dalam rumah.
Uniknya, rumah terbalik ini adalah rumah terbalik pertama di Malaysia.Tapi bagi yang tak pernah masuk upside down house,boleh la jenguk.
Perjalanan diteruskan ke Kundasang. On the way tu bolehlah singgah ke Jambatan Tamparuli untuk snap photo.view dia agak menarik. 

Singgah di Pekan Nabalu.  Pekan yang terkenal dengan jualan cenderahati dan Nenas. Memang manis nenas dia. Tapi kami tiba dah petang, kedai-kedai banyak yang nak tutup, so kami jalan-jalan cuci mata.

Check In Hotel.

Kundasang takde apa yang menarik sebelah malam. Jadi kami hanya turun ke Pekan Kundasang untuk makan malam.
Kami makan malam di Restoran Intan memandang restoran yang kami plan nak pergi penuh.

Orang tempatan di sini memang suka makan sayap madu(kepak madu).
Balik hotel, tidur. 
Tamat perjalanan hari pertama.

Tips:
  • Seeloknya bermalam di Kundasang jika nak lihat view Gunung Kinabalu
  • Tengahari- Puncak Gunung Kinabalu akan dilitupi awan.


Hari Kedua

Azan Subuh di Kundasang adalah sekitar jam 4:40 pagi. Menggigil nak mandi, Sejuk Gunung terasa lagi.

6:30 pagi Sarapan
Hotel Mile Lodge kami tinggal ada menyediakan sarapan.(jimat belanja).
Terus check out.
7.00 pagi : Jalan-jalan di Pasar pagi Kundasang.
8:30 pagi : Bertolak ke Desa Cattle Farm.


Desa Cattle Dairy Farm
Bayaran masuk: RM5.
(awal pagi lagi kereta dah beratur-dah ramai orang)


View dia MasyaAllah, memang ala New Zealand.
Kat sini pun ambik gambar view Gunung Kinabalu.Heaven
sebab tu kena pergi awal pagi.


ni lembu tengah perah susu.


Bayaran untuk beri anak lembu dan anak kambing makan:


Tak sah kalau pergi sini, tak makan ice cream, memang sedap.
Kami siap beli susu. Fresh dari ladang.


Harga ice cream- rm5:30 sen satu mangkuk
tak puas makan, 


Balik dari Cattle Farm, kami singgah ke Kundasang War Memorial di Pekan Kundasang.
Bayaran: RM2(dewasa)
(lebih nak  look and snap view)

Next, kami pergi Kundasang War Memorial
Bayaran masuk -rm2
Sambil mengenang sejarah, tempat ini juga mempunyai view menarik untuk melihat pekan Kundasang.



Jambatan Tamparuli- tempat paling femes jika pergi Kundasang. 



Then, kami pergi Tagal Fish Sungai Moroli Kg Luanti untuk merasai  spa ikan
Bayaran : rm5
tempoh masa : 15 minit(agak pendek masa dia bagi)tak puas walaupun geli.haha
Harga makanan ikan: 20 sen setiap orang



inilah ikan dia yang kami geli tu haha.
dia akan makan lapisan kulit mati di kaki.tu yang geli bila dia cium kaki.

indah je permandangan di sini


Hilang rasa geli main ikan, singgah minum Sabah Tea di Sabah Tea Plantation yang terletak sebelah Tagal Fish.


Yang minat mandi air panas. boleh le singgah ke  Poring Hot Spring.


Destinasi seterusnya -Kinabalu Park
Bayaran: RM3

Turun ke KK, Kami singgah di Pekan Nabalu untuk beli cenderahati. Harganya lebih murah berbanding KK. Ada tshirt, keychain, beg, cenderahati yang lain ada utk dijadikan ole2.




Selepas melawat Kundasang, kami turun semula ke Kota Kinabalu.
Sebelum itu kami singgah di Pekan Nabalu, untuk membeli barangan cenderahati. Jika korang nak beli barang kenang-kenangan Sabah, elok beli di sini kerana harga di sini lebih murah dan boleh tawar menawar berbanding di bandar Kota Kinabalu.


Tiba di Kota Kinabalu, kami stay di Hotel Waterfront Kota Kinabalu. Lokasi amat strategik. Sebelah ada Mall, nak pergi Pasar Philipines, Pasar boleh jalan kaki je.
Malam-malam nak pergi makan Seafood pun senang. Sebabnya, area Pasar ini parking susah.Jadi kalau hotel dekat, takdelah nak menapak jauh kalau parking takde.

Next destination Island Hopping, Kota Kinabalu( lawat pulau)



admya:
page ini masih dalam editing. 

jika nak number kereta sewa, boleh request di ruangan komen dengan letak email.
atau email terus di fr.lisa10@gmail.com









Tips Bercuti Ke Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan