[RASMI]-Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)


Timeline Cover
Timeline Cover
Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)
FFM29

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini. Sebanyak 53 filem dipertandingkan pada acara tersebut terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam Mandarin, lima Tamil dan satu Inggeris. FFM29 mempertaruhkan 24 kategori merangkumi 18 kategori yang dipertandingkan, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan. Lima calon finalis bagi setiap kategori hanya akan mengumumkan pada malam anugerah.

Kategori filem yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman. 

Bertemakan 'Transformasi Citra Karya', FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada pukul 9 malam. Zizan Razak diberi kepercayaan mengemudi acara Malam Anugerah FFM29 bergandingan dengan tiga lagi artis wanita iaitu  Nabila Huda, Siti Elizad, Elizabeth Tan

Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pada malam kemuncak tersebut. Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi. Malam anugerah juga akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.

SENARAI PEMENANG FFM29

ANUGERAH FILEM BOX OFFICE
Abang Long Fadil 2 (Skop Production)

ANUGERAH PEREKA KOSTUM / BUSANA TERBAIK
Akma Suriati Awang (Filem Hanyut)

ANUGERAH PENATAAN BUNYI TERBAIK
Daniel (Filem Hanyut)

ANUGERAH SINEMATOGRAFI TERBAIK
Jordan Cheah (Film Interchange)

ANUGERAH PENYUNTING TERBAIK
Nazim Shah (Filem J Revolusi)

ANUGERAH PENATAAN SENI TERBAIK
Zaharah Nakibullah (Filem Interchange)

ANUGERAH PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Harith Haziq (Filem Redha)

ANUGERAH PELAKON WANITA HARAPAN
June Lojong (Filem Redha)

ANUGERAH PELAKON LELAKI HARAPAN
John Tan (Filem You Mean The World To Me)

ANUGERAH PENGARAH HARAPAN
Tunku Mona Riza (Filem Redha)

ANUGERAH SKOR MUZIK TERBAIK
David Khoon (Filem You Mean The World To Me)

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Diana Danielle (Filem Hanyut)

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Shaheizy Sam (Filem Interchange)

ANUGERAH CERITA ASAL TERBAIK
Jason Chong (Filem Adiwiraku)

ANUGERAH KHAS JURI (KESAN KHAS VISUAL)
Filem Desolasi (Skop Production Sdn Bhd)

ANUGERAH KHAS JURI (KESEDARAN SOSIAL)
Shuttler Life (More Entertainment)

ANUGERAH KHAS JURI (MENGUPAS ISU NAJIS DADAH)
Filem Pekak (Primeworks Studios / Lightbulb Pictures)

ANUGERAH LAKON LAYAR TERBAIK
Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
Johan Ariffin Ibrahim

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
Datuk Yusof Haslam

ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK
Sangeeta Krishnasamy (Filem Adiwiraku)

ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
Nam Ron (Filem Redha)

ANUGERAH PENGARAH TERBAIK
Dain Iskandar Said (Interchange)

FILEM TERBAIK
Adiwiraku

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan