[RASMI]-Telemovie Air Zam Zam Untuk Mak lakonan Wan Maimunah dan Jue Aziz


Timeline Cover
Timeline Cover
Telemovie Air Zam Zam Untuk Mak lakonan Wan Maimunah dan Jue Aziz
Sempena hari raya Aidil Adha, TV3 membawakan drama telemovie Air Zam Zam Untuk Mak yang ditayangkan pada Jumaat, 1 Sep, 9 malam. Telemovie terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan skrip Zarihah Hassan.


Video AirZamZamUntukMak

Para Pelakon

Jue Aziz, Idris Khan, Wan Maimunah, Fezrul Khan, Abby Nadzri, Sahronizam.

Sinopsis Air Zam Zam Untuk Mak

Mak Jah (55 tahun) seorang Guru Al-Quran di kampong mula menabung dengan Tabung Haji sejak 30 tahun lalu dengan tujuan untuk menunaikan Ibadat Haji. Dia ambil masa yang lama untuk menyimpan biaya ke Mekah kerana pendapatannya tidak seberapa. Arwah suaminya meninggal dunia ketika anak tunggal mereka Suhaili berumur 17 tahun.

Duit pencen suaminya sebagai anggota polis digunakan untuk membiayai persekolahan Suhaili sehingga tamat belajar di universiti. SUHAILI kini sudah berusia 28 tahun dan telah pun 3 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Borhan disebabkan Mak Jah tinggal sendirian di kampung dan mula tidak sihat, Suhaili bawa Mak Jah tinggal dengan mereka di Kuala Lumpur.

Kehidupan Suhaili dan Borhan memang mewah tetapi mereka masih belum dikurniakan anak. Mak Jah perhatikan kehidupan Borhan yang sangat gila mencari harta kekayaan sehingga sanggup buat apa saja asalkan dapat projek. Selain dari itu Borhan juga sanggup menyeleweng duit syarikat yang dikongsi bersama rakannya.
Telemovie Air Zam Zam Untuk Mak lakonan Wan Maimunah dan Jue Aziz Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan