[RASMI]-Waris Kampung Semarah Padi (TV1)


Timeline Cover
Timeline Cover
Waris Kampung Semarah Padi (TV1)
Waris Kampung Semarah Padi

Drama bersiri Waris Kampung Semarah Padi merupakan kesinambungan kepada telefilem Kampung Semarah Padi. Drama arahan Melissa Saila ini membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikanya bermula 8 September ini, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 7.00 malam di TV1. 

JUDUL : WARIS KAMPUNG SEMARAH PADI
EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 8 September 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri (TV1,RTM)
PENGARAH : Melissa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Sheila Mambo, Sharifah Amani, Zarina Zainuddin, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim, Safia Hanifah

WATAK PELAKON 
Azhan Rani sebagai Wak 
Sabri Yunus sebagai Tok Penghulu Siak
Zahiril Adzim sebagai Bustamam Hakim
Imuda sebagai Bambang Shah 
Fauzuly Hamdan sebagai Ismadi Marzuki 

SINOPSIS WARIS KAMPUNG SEMARAH PADI
Kisah Tok Penghulu Siak yang terasa sunyi dan ingin menambah zuriat meluahkan hal ini kepada isterinya Mak Tanjung. Wak yang dahulu penghulu kampung itu mempunyai warung acuh tak acuh menjalankan perniagaannya. Ada orang kampung menjumpai dua rangka manusia di tepi pantai. Tok penghulu percaya itu anaknya Mariam dan suaminya Kasim. Dia minta orang kampung merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Mak Tanjung yang sedang berbadan dua.

Mak Tanjung meninggal dunia selepas melahirkan Melati. Tong Penghulu sedih kehilangan isterinya terus membesarkan anak mereka. Dia mengalami tekanan perasaan menyebabkan fikirannya tidak waras. Dia memarahi orang kampung yang mengatakan isterinya sudah meninggal dunia.

Wak minta dari orang kampung supaya semua pindah ke tempat lain kerana berlaku bermacam-macam bencana di kampung ini tetapi penghulu berdegil. Wak dapat kerja menjaga kuda Tuan Besar Syarif. Yanti anak perempuan Tuan Syarif rela berkahwin dengan Wak daripada berkahwin dengan seorang tua pilihan ayahnya, Kamdin. Mereka keluar dari rumah besar itu dan memulakan kehidupan baru.

Wak kembali kembali meniaga nasi bungkus. Yanti dan Wak mendapat anak lelaki. Mereka kemudiannya diterima kembali oleh keluarga Yanti. Bapa mentuanya turut menawarkan Wak bekerja di syarikat miliknya namun Wak tidak yakin dengan kebolehannya. Kamdin terus-terusan mengganggu mereka. Kematian ibu Yanti membuatkan suaminya tidak berminat berniaga. Dia menghadiahkan hotel �Wak Inn� untuk diuruskan oleh Yanti dan Wak.

Waris Kampung Semarah Padi (TV1) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan