Akan datang di TV1. Lakonan Mia Ahmad, Eyka Farhana, Hafreez Adam
Sinopsis:
Kisah seorang isteri bernama Maisarah yang diceraikan suaminya Zulfakar. Perkahwinan mereka sebenarnya aturan keluarga. Sara cuba menjadi sebaik-baik isteri,namun ianya tidak cukup buat Zulfakar yang mahukan isteri sempurna serba serbi. Sara dilayang seperti orang gaji di rumah sendiri.
Pertemuan Zulfakar dengan Elly bekas kekasih yang juga isteri orang menjadi alasan mereka bercerai.Walaupun simpati pada Sara, Zulfakar terpaksa meninggalkannya kerana Elly.
Sara menghimpunkan semangatnya dan bangkit sebagai penulis bernama Sara Kirana. Walaupun, karyanya pernah diciplak, ia tidak menghalang Sara menjadi penulis berjaya. Ini semua kerana dorongan Zahrin adik Zulfakar yang pernah menyimpan rasa terhadap bekas kakak iparnya. Zahrin menyukai Sara sebelum Zulfakar mengahwininya. Namun, belum sempat menjalin ikatan, Zahrin terbang ke luar negara menyambung pelajaran. Bukan mudah menyakinkan ibunya, namun, Sara diambil sebagai isteri dan menantu buat kali kedua oleh Zahrin.
Dugaan melanda bila kebahagiaan mereka dicemburui oleh Zulfakar. Apalagi cemburu la Zahrin sebab dia tahu hubungan abangnya dengan Elly bukan bahagia sangat. Namun. takdir menyatakan Zahrin kemalangan dan koma. Sara kini dalam dilema.
0 comments:
Catat Ulasan