Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Dibintangi oleh Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azman Yahya. Nantikan tayangannya pada bulan Ramadan tahun 2018 nantik
JUDUL : ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
TARIKH TAYANGAN : 2018
SIARAN : TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Nurfaza Alisya
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh
WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
Elvina Mohamad sebagai Safiyya
Janna Nick sebagai Ana Julia
Arash Mohd sebagai Tan Sri Tengku Hairie
SINOPSIS ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?
0 comments:
Catat Ulasan