[RASMI]-Jurnal Suraya lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari


Timeline Cover
Timeline Cover
Jurnal Suraya lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari
Terbaru di Slot Zehra, drama Jurnal Suraya lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari. Drama ini merupakan terbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh Zul Huzaimy. Wahh makin banyak ya drama arahan dia. Skrip hasil nukilan Mufid Suhaimi dan rakan-rakan. Mula ditayangkan pada 15 November 2017, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3.

Jurnal Suraya

Para Pelakon

Nad Zainal, Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Wanna Ali, Khairi Anwar, Noniswara, Kuza, Adam Shadan, Hilman Aleef, Amir Rahim, Ikhlas Jalil, Nazif Kamal, Mama Shida, Mas Idani, Nur Intan Suria, Mili Supina, Farah Wahida, Nurulaini Imanisa, Shazleen Arisha.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Jurnal Suraya

Mengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya.

Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As�ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar).

Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam.

Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika.

Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal.

Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.

Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya?

Jangan lupa saksikan drama Jurnal Suraya di TV3 jam 9 malam setiap Rabu dan Khamis yo.
Jurnal Suraya lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan