[RASMI]-Drama Papa Nak Menantu lakonan Aman Graseka dan Hafidz Roshdi


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Papa Nak Menantu lakonan Aman Graseka dan Hafidz Roshdi
Drama Papa Nak Menantu akan memulakan siaran esok 4/2/2018. Bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58pm. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, arahan pengarah Chad Abd Rahman. Merupakan adaptasi novel karya Hasrudi Jawawi.

Papa Nak Menantu

Para Pelakon

Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Rais Hazlin, Aedy Ashraf, Haliza Misbun.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Papa Nak Menantu

Kisah Pak Saad yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah carikan dia menantu sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu yang kasar, pemalas dan keras kepala. Pak Saad mengugut jika tidak ditunaikan dia akan kahwinkan dengan Pak Mat Tempe yang sudah berusia 55 tahun. Dia berharap bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Tanpa pilihan, Syahirah bertungkus-lumus untuk mencari calon suami dan dia dibantu oleh Syakir dan Nabila. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam. Semuanya, rejected!

Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil seorang jurulatih di gim. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

Saksikan drama Papa Nak Menantu ini 20 episod pada setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.
Drama Papa Nak Menantu lakonan Aman Graseka dan Hafidz Roshdi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan