Para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dipelawa untuk memohon BKNS dengan mengikuti panduan seperti di bawah.
Butiran Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Permohonan Ditutup |
31 Mac 2018 | 30 April 2018 |
Pautan Permohonan: BKNS Online 2018 | |
Senarai IPT Yang Ditaja 2018 |
Syarat Permohonan BKNS 2018
Permohonan BKNS yang ditawarkan adalah pelajar yang mengambil peringkat pengajian Diploma dan Ijazah di universiti tempatan sahaja. Berikut adalah senarai bidang pengajian yang boleh memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.
Senarai Bidang Dalam Peringkat Pengajian Diploma
Juruukur | Juruukur Bahan |
Kejuruteraan | Kesihatan & Perusahaan Ternak |
Pengurusan Hartanah | Pertanian |
Perakaunan | Sains Tulen |
Seni Bina | Teknologi Maklumat |
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
- Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Akuakultur | Perikanan | Ekonomi |
Pertanian | Farmasi | Perubatan |
Juru Ukur Bahan | Perhutanan | Kejuruteraan |
Perubatan Veterinar | Komunikasi | Psikologi |
Matematik | Sains Alam Sekitar | Muzik |
Sains Biologi Marin | Pelancongan & Hospitaliti | Sains Bioteknologi |
Pendidikan | Sains & Teknologi Makanan | Pengajian Islam |
Sains Komputer | Pengangkutan & Logistik | Sains Tulen |
Pengurusan Ladang | Seni Bina | TESL |
Teknologi Maklumat | Pengurusan Hartanah | Perakaunan |
Undang-undang | Pentadbiran Perniagaan | Pergigian |
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun.
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3 yang diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau dengan kelayakan yang setaraf.
- Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
- Keputusan diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
- Lulus matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
- Lulus asasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
- Bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
Pemohon boleh semak iklan rasmi daripada Portal BKNS ini.
Jika ada sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi ke alamat dan talian seperti berikut:
Biasiswa Kerajaan Negeri,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 1-5 Wisma Perindustrian, Likas,
88400 Kota Kinabalu Sabah
No.Tel: 088-260-161
INFO BERKAITAN: Permohonan Bantuan Musim Tengkuju
0 comments:
Catat Ulasan