Pengurusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, badan itu akan mendapatkan nasihat dari orang awam "tertumpu kepada mekanisma pembayaran balik pinjaman," di mana orang awam akan dijemput memberi pandangan tentang bagaimana cara terbaik untuk mengutip balik wang yang telah dipinjamkan.
"Kaedah pembayaran balik untuk PTPTN telah pun banyak dibincangkan, Dan telah menjadi fokus sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan," kata Saiful seperti yang dipetik oleh akhbar The Star.
"Ia masih lagi menjadi fokus dan ia perlu diselesaikan,"
Menurut Wan Saiful, pihaknya akan mengirim keputusan dan poin-poin diskusi yang dirakam semasa perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan, pihak bank, ibu bapa dan kumpulan pelajar di atas talian.
Perbincangan-perbincangan ini telah berlangsung sejak Disember 2018 sehingga march 2019.
"Akan diadakan juga sesi townhall dan sesi meja bulat untuk membincangkan idea-idea tersebut," kata Wan Saiful. Apabila segala maklumbalas telah dikumpul ia akan dimajukan kepada Kementerian Pendidikan untuk penelitian selanjutnya.
Antara cadangan-cadangan yang diterima ialah menunda pembayaran balik pinjaman untuk mereka yang memperoleh pendapatan kurang dari RM4,000 sebulan dan satu skim pembayaran balik berjadual di antara 2 peratus dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam. Sasarannya untuk mengumpul sebanyak RM2 bilion pada akhir tahun.
"Menteri Pendidikan perlu untuk membawanya ke kabinet untuk satu perbincangan akhir," tambah Wan Saiful.
Sejak tahun 1997 PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM56 bilion untuk membantu lebih tiga juta pelajar. Setakat 31 Disember tahun lepas, PTPTN telah meminjamkan sejumlah RM20.7 billion kepada 1.9 juta pelajar.
Sumber : milosuam.net
Sumber PTPTN minta pendapat orang awam apakah langkah terbaik untuk mengutip hutang pelajar
0 comments:
Catat Ulasan