Meskipun drama rantaian popular TV3 Nur 2 telah berakhir dengan penuh pengisian dan pengajaran, namun ada segelintir warga media sosial mengkritik pengakhiran episod tersebut. Seorang peguam, Nor Zabetha telah mengemukakan pendapatnya tentang sistem perundangan yang digunakan dalam episod terakhir semalam.
Baginya, babak Juita yang ditahan atas tuduhan meR0-G0L Ustaz Adam adalah sama sekali tidak tepat dalam sistem perundangan.
Undang-undang tidak boleh difiksyen
Episod terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan meR0-G0L Ustaz Adam.
Betul atau tidak olahan babak ini jika dibandingkan dengan undang-undang realiti. Drama ini adalah fiksyen, pun begitu fakta undang-undang sama ada fiksyen atau realiti, perlu tepat.
Yang fiksyen adalah watak dan jalan cerita, undang-undang tidak boleh fiksyen kerana rosak fahaman awam nanti.
TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana meR0-G0L seorang lelaki. Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana meR0-G0Ll seorang lelaki adalah salah sama sekali.
Kenapa? Dalam Kanun Kes-0-eksaan memberi pendefinisian R0-G0Ldibawah Sek-syen 375 iaitu seorang LELAKI dikatakan meR0-G0L apabila melakukan hubungan kela---min dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya dan selebihnya boleh semak sebahagian akta dalam gambar dibawah, saya kongsi.
Perbuatan Juita tidak jatuh kategori meR0-G0L
Secara asasnya elemen yang perlu dipenuhi sebelum siasatan kes dimulakan adalah pelaku Lelaki dan mangsa wanita. Itu sebabnya akta bezakan �his� sebagai pelaku dan �her� sebagai mangsa. Perbezaan jantina.
Dalam kes ini Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki. Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori R0-G0L berdasarkan Kanun Kese--ksaan. Elemen seteruskan paksa dan tanpa kebenaran sama ada dibuat secara ugutan atau penipuan atau salah anggap.
Sewaktu menonton babak �saya hendak buat laporan R0-G0L� oleh Ustaz Adam, saya faham Ustaz Adam adalah orang awam jadi dia secara naif merujuk situasinya kepada pejabat polis tetapi dalam drama tersebut sepatutnya polis yang perlu menegur Ustaz Adam tentang undang-undang. Adam tak tahu undang-undang.
Mungkin polis boleh cadangkan laporan dan siasatan dibuka bagi perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam kopi Adam dan bukan tuduhan R0-G0L terhadap Juita. Tetapi apabila polis ke rumah Juita, mereka menahan Juita dan mengatakan �Cik Juita anda ditahan atas tuduhan meR0-G0L�. Hahahah.. Babak yang mengelirukan dan memberikan fahaman salah.
R0-G0L pelaku mesti lelaki dan mangsa mesti wanita
Jadi ingat ya. R0-G0L pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki itu bukan R0-G0Ll di bawah Se--ksyen 375 dan boleh dihukum bawah Se--ksyen 376 itu adalah perbuatan Sodomi bawah Se--ksyen 377A Kanun Kese---ksaan dan boleh dihukum bawah Se--ksyen 377C. Jatuh bawah kategori jenayah luar tabii.
Kalau perempuan dengan perempuan juga bukan kira R0-G0L kerana tidak mengikut definisi R0-G0L yang diperuntukkan.
Begitulah undang-undang jenayah. Setiap kesalahan perlu melihat sama ada ianya memenuhi setiap elemen jenayah. Kalau tidak cukup, polis boleh menyiasat tetapi pendakwaraya tidak akan beri izin untuk buka kes di mahkamah, jadi memang kebiasaannya polis tidak akan siasat bila tahu elemen tidak mencukupi.
Kalau cukup elemen dan kes pula tidak kukuh dan ada �lo-op ho-le� atau kekurangan bukti, contohnya kes R0-G0L walaupun DNA si lelaki tetapi tidak ada bukti paksaan, semua bukti-bukti perbualan whatsapp selepas hubungan se----ks menunjukkan si perempuan setuju dan siasatan ke atas tubuh badan perempuan juga tidak ada elemen paksaan. Kebiasaannya juga tidak bawa ke mahkamah kerana kemungkinan pelaku dibebaskan adalah tinggi.
Jom belajar undang-undang supaya kita jadi warga bijak. Sebarkan ilmu walau sebaris ayat.
Sumber: Nor Zabetha via ohbulan.com
Sumber �Tidak Pernah Lagi Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Ditahan Atas Tuduhan MER0G0L� � Peguam Komen Tuduhan R0G0L Juita
0 comments:
Catat Ulasan