[RASMI]-Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online


Timeline Cover
Timeline Cover
Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online|ANDA ingin mohon telefon bimbit percuma? Berita baik buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma B40 dengan data 120GB secara online. Berikut dikongsikan Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online buat panduan anda.

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma B40 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Kemudian, klik pada butang "Semak".

4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

A. Secara Online

1. Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

B. Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.
2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:
- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma B40

Antara Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma B40 adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Telefon Pintar B40, sila menghubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Online ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!
Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan