Permohonan Baru Dan Kemaskini BPR 2021 Online Bagi Isi Rumah & Bujang|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bakal dibuka? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 boleh dibuat secara online mulai 15 Januari 2021 menerusi Portal Rasmi BPR.
Sedia maklum, menerusi pembentangan Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperuntukkan sebanyak RM6.1 billion kepada 8.1 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat.
Permohonan Baru Dan Kemaskini BPR 2021 Online Bagi Isi Rumah & Bujang
Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, jumlah bayaran dan cara permohonan:
Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat boleh dibuat bermula pada 15 Januari hingga 15 Februari 2021.
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Online
A. Permohonan Secara Online
- Permohonan BPR 2021 boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://bpr.hasil.gov.my/.
- Permohonan hanya terbuka kepada pemohon yang tidak menerima bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
B. Permohonan Melalui Borang
1. Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BPR LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
2. Muat turun borang permohonan menerusi pautan seperti dibawah:
- Borang Serahan Dokumen BPR 2021
- Borang Kemas Kini Maklumat Asas BPR 2021
- Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021
3. Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Kemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Bagi penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, sekiranya semakan permohonan di Portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat BPR 2021.
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
A. ISI RUMAH
??PEMOHON
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dna bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
??PASANGAN
Warganegara Malaysia atau memiliki pengenalan Malaysia
Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS
??ANAK
Hubungan mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia
Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS
B. BUJANG
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Bantuan Prihatin Rakyat, sila hubungi di talian:
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
ii. Aplikasi Mobile BPR;
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi �C 5.00 petang);
iv. MoF: 03-8882 4565 /4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi �C 5.00 petang);
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Semoga perkongsian Permohonan Baru Dan Kemaskini BPR 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
0 comments:
Catat Ulasan