Inilah orang cakap, sekarang nak buat pelaburan pun tak susah dah dan tak perlu modal besar pun. Orang yang mungkin kurang ilmu investiment juga boleh mula melabur di tempat yang betul seperti Raiz Invest.
Antara kaedah mudah adalah menerusi robo-advisor dimana ianya akan melaburkan untuk anda secara automatik dan konsisten. Anda tidak perlu pandai baca chart, tidak perlu tahu pasaran dunia yang anda perlu buat adalah tambah pelaburan sahaja. Semuanya diuruskan oleh robot.
Jadi antara platform yang anda boleh gunakan ialah Raiz Invest yang mana ianya adalah robo-advisor yang akan bekerja bagi tujuan pelaburan untuk anda secara automatik. Senang cakap, masuk depo, robot akan laburkan untuk anda.
Selain itu, anda juga boleh cuba Wahed Invest dengan platform yang serupa iaitu robo-advisor, anda boleh BACA SINI, manakala untuk Raiz Invest anda boleh mulakan pembacaan dibawah sehingga cara mula daftar dan buat pelaburan.
Apa Itu Raiz Invest?
Raiz adalah sebuah aplikasi mikro yang akan membantu anda menyimpan disamping melabur dengan amaun yang kecil secara automatik dan konsisten.
Ianya boleh dipercayai kerana Raiz di Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Limited. Jadi ianya selamat digunakan di Malaysia
Adakah Ianya Patuh Syariah?
Sebagai orang Islam ianya adalah perkara yang wajib bagi menjadi perkara yang halal. Jadi menerut Raiz sendiri, kesemua dana-dana di dalamnya adalah diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Oleh itu, menurut Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersepakat bahawa dana-dana ASNB "harus" hukumnya.
Kelebihan Raiz Invest
Setiap platform pelaburan pastinya memiliki kelebihan tersendiri berbanding platform-platform lain. Jadi antara kelebihan Raiz adalah
- Kesemua pelaburan boleh dipantau diuruskan menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja
- Pelaburan permulaan adalah sangat kecil iaitu serendah RM5 sahaja
- Pendaftaran adalah percuma
- Memiliki 3 portfolio iaitu Conservative (berisiko rendah), Moderate (risiko sederhana) dan Aggresive (berisiko tinggi)
- Mempunyai fungsi auto-bundar dimana membundarkan setiap transaksi pembelian harian anda dan akan dilaburkan
- Anda boleh dapatkan RM20 bonus secara percuma untuk yang baru membuka akaun. Klik Sini
Apa Itu Auto-Bundar
Salah satu kelebihan besar yang tiada dalam platform pelaburan lain adalah fungsi auto-bundar (Round-ups). Kita sedia maklum, amaun pelaburan minimum untuk mula melabur adalah serendah RM5 sahaja. Disebabkan itu auto-bundar ini dapat berfungsi dengan baik.
Anda boleh link kan kad debit bank (Maybank) dengan Raiz dan sekiranya anda membuat apa-apa pembelian dan bayar guna kad debit anda, ianya akan dibundarkan dengan nilai ringgit yang seterusnya.
Sebagai contoh, jika anda membeli roti gardenia dengan harga RM5.60, bank akan caj RM6.00 dimana RM5.60 akan dibayar kepada penjual dan 40 sen akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun Raiz.
Jadi sekiranya sudah cukup RM5.00, secara automatik juga, wang tersebut akan dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan anda yang terdiri dariapada dana-dana unit amanah. Dengan sen-sen pun anda boleh melabur sekarang. Mudah kan.
Walaubagaimanapaun, ciri Round-ups ini bukan suatu kewajipan. Ianya adalah pilihan sahaja, anda boleh matikan fungsi ini dengan tidak memasukkan maklumat kad debit anda sahaja.
Dana-Dana Unit Amanah
Disebabkan ianya kerjasama antara PNB, jadi untuk portfolio Agresif, Moderate dan Konservatif, dana-dana unit amanah terlibat adalah dibawah syarikat itu juga iaitu:
- Dana ASN Equity 3
- Dana ASN Imbang 2
- Dana ASN Sara 1
Selain daripada untung rugi pelaburan yang direkodkan setiap hari, pelabur juga boleh menerima agihan dividen jika ada mengikut budi bicara dan juga pada jadual yang berbeza-beza.
Cara Daftar Raiz Invest
Untuk melayakkan anda membuka akaun Raiz, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara Malaysia. Anda hanya perlu buat 3 perkara sahaja iaitu :
- Set Akaun Pembiayaan
- Set Akaun Auto-Bundar
- Set Akaun Pengeluaran
Caranya adalah seperti berikut:
Gunakan link ini ➡ KLIK SINI untuk mula daftar bagi melayakkan anda dapatkan RM20 bonus secara percuma. Kemudian barulah download aplikasi Raiz di Play Store atau App Store.
Klik pada butang Sign Up dan kemudian Create Account dengan masukkan alamat emel dan password. Tetapkan juga 4-pin untuk urusan Login akaun.
Langkah 1 - Set Akaun Pembiayaan (Funding Account)
Klik pada Set Funding Account > pilih bank dengan kad debit yang aktif anda untuk disambungkan atau link dengan akaun Raiz. Hanya perlu masukkan nombor kad sahaja.
Ianya bertujuan sekiranya anda ingin buat penambahan pelaburan ke akaun Raiz menggunakan akaun bank tersebut. Lebih mudah, hanya masukkan jumlah dan terus dilaburkan dalam akaun Raiz
Langkah 2 - Set Akaun Pengeluaran (Withdrawal Account)
Anda perlu masukkan nombor bank akaun anda bagi urusan pengeluaran. Sekiranya anda ingin menjual aset pelaburan, duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank yang ditetapkan.
Langkah 3 - Set Akaun Raiz Invest
- Daftar akaun Raiz dengan masukkan nama penuh seperti dalam Mykad, nombor IC, tarikh lahir dan nombor telefon. Kemudian jangan lupa utnuk setkan alamat rumah
- Jawab beberapa soalan sehinggalah maklumat pekerjaan anda. Jika sudah klik Next
- Kemudian anda perlu upload gambar Mykad anda depan dan belakang bagi tujuan pengesahan.
- Akhir sekali Raiz akan secara automatik pilihkan portfolio anda berdasarkan pendapatan bulanan anda. Anda juga boleh ubah jika nak pilih portfolio lain dengan klik pada Change my Portfolio.
Pelaburan Serendah RM5 Hanya Di Raiz Invest
Untuk mulakan pelaburan, anda mestilah buat deposit serendah RM5 sahaja dan tiada komitmen bulanan diperlukan.
Cara Deposit Ke Akaun Raiz Invest
- Buka aplikasi Raiz Invest dengan masukkan no. pin yang telah ditetapkan
- Pada halaman utama, klik pada Invest > Deposit
- Kemudian anda hanya masukkan nilai dan klik Invest
Waktu yang diambil untuk duit masuk ke akaun Raiz adalah sekitar 1-2 hari waktu bekerja. Jika sudah berjaya dilaburkan, ianya akan terpapar pada halaman utama.
Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun Raiz Invest
Jika anda rasakan, tidak berbaloi atau anda sudah mempunyai keuntungan lebih, anda boleh keluarkan duit tersebut terus ke akaun bank anda seperti yang telah ditetapkan pada sebelum ini.
- Buka aplikasi Raiz Invest dengan masukkan no. pin yang telah ditetapkan
- Pada halaman utama, klik pada Invest > Withdraw
- Kemudian anda hanya masukkan nilai dan klik Withdraw
Jadi untuk melibat prestasi pelaburan anda, ianya akan dikemaskini secara harian iaitu pada waktu pagi. Pada waktu tersebut akan dipaparkan adakah pelaburan anda ada kenaikkan atau penurunan.
Anda boleh semak pada halaman utama > Performance dimana dipaparkan sebuah carta.
Apa tunggu lagi, daftar sekarang dan mula melabur bersama Raiz Invest. Untuk info lanjut dan pelbagai persoalan boleh rujuk di FAQ Raiz
0 comments:
Catat Ulasan