[RASMI]-Cara Mohon Tebus RM150 ePemula Guna ShopeePay, GrabPay, BigPay & Touch 'N Go eWallet


Timeline Cover
Timeline Cover
Cara Mohon Tebus RM150 ePemula Guna ShopeePay, GrabPay, BigPay & Touch 'N Go eWallet
cara mohon ePemula RM150 untuk belia dan pelajar

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa pula insentif untuk golongan belia dan pelajar menerusi Bajet 2022 yang lepas dan kini Kerajaan telah mengumumkan program ePemula.

BACA : Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Melalui program eStart atau ePemula ini, golongan belia atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima bantuan berupa kredit e-Tunai bernilai RM150.

Bantuan dalam bentuk kredit eTunai ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kerajaan juga ada mengumumkan ePenjana dan eBelia dengan mengenakan konsep yang sama iaitu eTunai.

Apa Itu ePemula

Program ePemula ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini menerusi Bajet 2022

Ianya bertujuan meringankan beban kewangan belia yang sekali gus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi eWallet.

Program ini dijangka akan memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

Syarat Untuk Mendapatkan ePemula

Kerajaan telah menetapkan (2) syarat bagi melayakkan anda menerima kredit e-Tunai RM150 ini iaitu :

  1. Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (iaitu mereka lahir pada tahun 2002 hingga 2004)
  2. Selain itu, ada juga layak sekiranya anda pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar

BACAKod Tidak Lulus BKM 2022 Dan Dokumen Sokongan

*Data belia akan disemak silang dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan

Bila Tarikh Permohonan Atau Tebus ePemula

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit melalui 4 eWallet yang berdaftar iaitu ShopeePay, GrabPay, BigPay dan Touch 'n Go eWallet.

Permohonan boleh dibuat bermula 11 April 2022 (bermula 8 pagi) sehingga 1 Jun 2022. Sekiranya diluluska, kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Cara Mohon ePemula RM150

Bagi melayakkan anda menerima kredit RM150 tersebut, anda perlu guna salah satu eWallet yang disenaraikan seperti dibawah.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia eWallet sahaja. Dah tuntut atau tebus sekali, tak boleh tebus guna eWallet lain pula.

#1)  Cara Mohon Guna ShopeePay

Cara Mohon ePemula Guna ShopeePay

a)  Daftar ShopeePay

1.  Download aplikasi Shopee dan kemudian perlu aktifkan ShopeePay
2.  Masuk semula ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon "eWallet ShopeePay"
3.  Kemudian terus daftar dengan klik pada "Set Up ShopeePay"
4.  Masukkan butiran diri seperti nama penuh dan no. mykad
5.  Akhir sekali tetapkan 6-digit pin ShopeePay anda yang akan digunakans setiap kali untuk buat bayaran
6.  Selesai! Anda kini boleh mula menggunakan ShopeePay

b)  Verify Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan anda untuk mohon dan tebus ePemula RM150, anda terlebih dahulu perlu verify atau sahkan akaun ShopeePay anda

1.  Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon ShopeePay anda
2.  Klik "Verify Now"
3.  Upload gambar MyKad anda berserta selfie muka bagi proses pengesahan yang hanya mengambil masa 24 jam sahaja
4.  Jika sudah verified atau disahkan, anda boleh terus tebus ePemula RM150 DISINI atau klik pada ikon ePemula pada halaman Shopee

Untuk info lanjut berkaitan ePemula ShopeePay, anda boleh rujuk pautan shopee.com.my/m/epemula

#2)  Cara Mohon Guna BigPay

Cara Mohon ePemula Guna BigPay

a)  Daftar BigPay

1.  Download aplikasi BigPay dan mula daftar dengan klik pada butang "Sign Up"
2.  Pilih Malaysia dan masukkan nombor telefon dan kod pengesahan
3.  Tetapkan password dan kemudian tetapkan butiran diri yang diminta termasuk alamat rumah
4.  Pada bahagian referral code, masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma. Selesai!

b)  Verify Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan anda untuk mohon dan tebus ePemula RM150, anda terlebih dahulu perlu verify atau sahkan akaun BigPay anda

1.  Masuk semula ke aplikasi BigPay dan upload gambar MyKad berserta selfie muka untuk proses verifikasi
2.  Kemudian anda perlu topup RM20 sebagai permulaan. Nilai tersebut bukan yuran dan ianya akan masuk ke akaun BigPay anda kemudiannya
3.  Jika sudah selesai, anda boleh pergi pada bahagian Payments > ePemula dan mohon RM150 dengan klik pada "Apply Now"

p/s : BigPay lebih istimewa dimana anda akan peroleh kad fizikal Visa secara percuma yang akan dihantar terus ke alamat rumah yang ditetapkan semasa mendaftar

Untuk info lanjut berkaitan ePemula BigPay, anda boleh rujuk pautan www.bigpayme.com/epemula

#3)  Cara Mohon Guna Touch 'n Go eWallet

Cara Mohon ePemula Guna Touch 'n Go eWallet

a)  Daftar Touch 'n Go eWallet

1.  Download aplikasi TnG eWallet dan klik "Sign Up" untuk mendaftar
2.  Masukkan no. telefon berserta kod OTP yang dihantar melalui SMS
3.  Kemudian tetapkan no. pin untuk digunakan setiap kali buat pembayaran
4.  Jangan lupa untuk lengkapkan butiran peribadi yang diminta seperti nama, mykad, email dan sebagainya

b)  Upgrade Akaun Premium Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan anda untuk mohon dan tebus ePemula RM150, anda terlebih dahulu perlu verify dengan upgrade akaun TnG eWallet anda ke akaun premium

1.  Buka aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile > Account Verification
2.  Kemudian upload gambar MyKad anda bersama-sama selfie muka anda. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam
3.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150 dengan klik pada banner pada halaman utama

Untuk info lanjut berkaitan ePemula Touch 'n Go eWallet anda boleh rujuk pautan www.touchngo.com.my/somethingnew/

#4)  Cara Mohon Guna GrabPay

Cara Mohon ePemula Guna GrabPay

a)  Upgrade Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan anda untuk mohon dan tebus ePemula RM150, anda terlebih dahulu perlu verify dengan upgrade GrabPay wallet

1.  Sekiranya sudah selesai download dan daftar akaun Grab, anda klik pada Payment
2.  Masukkan nama penuh berserta no. MyKad dan halaman seterusnya klik pada "Upgrade Wallet"
3.  Upload gambar MyKad bersama-sama selfie muka anda
4.  Masukkan butiran peribadi seperti yang diminta dan proses pengesahan hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja
5.  Jika sudah verified, anda boleh mula tebus ePemula RM150 dengan klik pada banner di halaman utama

Untuk info lanjut berkaitan ePemula GrabPay, anda boleh rujuk pautan www.grab.com/my/campaign/epemula/

Manfaat Lain ePemula

Selain daripada manfaat eTunai RM150 tersebut, aplikasi eWallet tersebut juga bakal memberikan insenfit tambahan seperti cashback, baucer, points atau coins Shopee sepanjang tempoh program ini.

Jadi berbelanjalah dan dapatkan barangan keperluan dengan menggunakan pembayaran secara tanpa tunai atau cashless dengan menggunakan eWallet.

Cara Mohon Tebus RM150 ePemula Guna ShopeePay, GrabPay, BigPay & Touch 'N Go eWallet Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan