[RASMI]-Cara Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1


Timeline Cover
Timeline Cover
Cara Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1
Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1

Nampaknya Kerajaan Negeri pada Ramadan kali ini telah membenarkan kembali aktiviti berbuka puasa beramai-ramai di Padang MBK 1 yang merupakan tradisi setiap tahun warga Kuantan.

Negara juga sudah berada dalam peralihan fasa Endimik sejak 1 April dimana banyak SOP yang dilonggarkan untuk kembali kepada kehidupan sedia kala termasuklah perhimpunan beramai-ramai di suatu tempat.

Rasanya sudah dua kali warga Kuantan tidak berkesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai di padang tersebut berikuta Covid-19 yang melanda negara termasuklah di Pahang. Jadi pihak berkuasa seperti MKN dan KKM tidak benarkan apa-apa himpunan berlangsung ketika itu.

BACAPahang Tidak Benarkan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1 Sepanjang Ramadan

Kali terakhir pun aku pernah berbuka di sana ketika masih dengan nama MPK 1 lagi iaitu sekitar tahun 2018 yang pastinya ketika itu tiada lagi nama virus tersebut kedengaran dan tidak dijangka pun sebuah virus baru akan menghentam seluruh dunia.

Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1

Tapi kini ianya mula dibenarkan. Walaubagaimanapun, aktiviti berbuka puasa di padang MBK 1 masih terikat dengan SOP atau peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) iaitu dengan mengehadkan kehadiran melalui permohonan tempahan tapak.

Kapasiti Yang Disediakan

Tidak seperti tahun-tahun sudah, Ramadan kali ini, pihak MBK menetapkan hanya 140 lot atau ruangan sahaja untuk berbuka disediakan. 1 lot dibenarkan untuk 1 keluarga (atas 1 nama tempahan). Saiz yang disediakan sekitar 20' x 20' yang boleh memuatkan sehingga 12 orang.

Masa yang dibenarkan adalah dari jam 6.00 petang sehingga jam 8.30 malam sahaja. Padang akan ditutup untuk kemasukan pada jam 7.00 malam. Jika tiada, permohonan secara walk-in akan dibuka.

Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1

Syarat-Syarat Berbuka Puasa Di Padang MBK 1 Kuantan

Bagi melayakkan anda buat permohonan tempahan tapak, anda perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti senarai dibawah:

1)  Warganegara Malaysia

2)  Dikehendaki membuat imbasan QR Code MySejahtera

3)  Hanya dibuka kepada pengunjung yang telah lengkap pengambilan vaksin

4)  Pemohon hanya dibenarkan untuk berbuka di nombor lot yang telah ditetapkan atau diluluskan

5)  Kawasan berbuka puasa yang dibenarkan hanyala di Padang MBK 1 sahaja

6)  Pintu masuk adalah bersebelahan Menara Jam dan 5 laluan keluar adalah secara sehala disediakan. Akan ada kawalan di pintu masuk dan keluar serta di setiap 'check-point'

7)  Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun dan warga emas 70 tahun dan ke atas adalah tidak digalakkan

Cara Mohon Tempahan Secara Online

Kemasukan untuk berbuka di Padang MBK 1 adalah secara temujanji iaitu permohonan secara online booking melalui aplikasi e-iftar di pautan https://iftar.mbk.gov.my

Permohonan adalah percuma dan akan diluluskan serta merta tetapi tertakluk kepada kekosongan tapak. Siapa cepat dia dapat.

Mungkin sepertinya tidaklah semeriah seperti sebelum ini kerana orang ramai bebas untuk duduk dimana-mana kawasan di atas padang tersebut. Tetapi ini pastinya dibuat bagi mengelakkan kes penularan kembali semula disamping ingin memeriahkan kembali tradisi warga Kuantan seperti sedia kala.

Cara Mohon Tempahan Tapak Berbuka Puasa Di Padang Kuantan MBK 1 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan