[RASMI]-Dah Dapat Telekung Travel Yang Dicari


Timeline Cover
Timeline Cover
Dah Dapat Telekung Travel Yang Dicari
Rancak eh orang jual telekung sana sini. Yang berjenama dah tentu harga level kayangan. Bajet kita tak berapa kayangan kena tepuk poket sendiri tengok bajet berapa. Berkenan dengan telekung simple tanpa kerawang sulaman ataupun hiasan lain.

Kalau boleh nak jenis material kain yang sejuk dan selesa. Bila berterawih lama tu selesa lah sikit. Kalau boleh taknak cotton sebab telekung cotton dah ada beberapa pasang. Cuma sekarang nak cari telekung baru yang jenis telekung travel

Suka juga dengan telekung simple calaqisya, tudung people, inhanna, inner sejuk, fazura, naelofar dan sewaktu dengannya. Semua tu telekung dia simple je. Tapi harga dia tak simple lah. Telekung Fazura paling murah tak silap RM177. Selain tu rasanya RM200 dan ke atas.

Selain tu, suka juga jenis telekung travel macam telekung aleena yang popular tu material Bubble Cotton. Tapi part muka dia kurang berkenan pulak. Pilihan warna tu banyak, rambang mata nak memilih.

Jenis lebih kurang macam material bubble cotton, material sejuk cotton mix pun ada. Perasan jugak Abby Abadi (Aisys Mom) ada jual jenis macam tu tapi material talian Crepe. Kain sejuk selesa jugak tu. Bahagian muka jenis material moss crepe.

Konon nak beli yang tu je tapi akhirnya dapat jumpa ciri-ciri telekung travel terpaling menepati apa yang saya nak. Jumpa telekung raya wrinkly floral by Varda material sejuk cotton mix. Itupun terperasan masa tengah scroll facebook. 

Facebook tu kalau benda kita cari dari google, dia akan keluar yang berkaitan dengan apa yang kita cari. Memanjanglah keluar sponsored post iklan telekung. Bagus jugak macam tu kan. Tak payah mencari, tahu-tahu ada depan mata je.

telekung raya wrinkly floral by Varda

Ada 4 pilihan warna iaitu navy blue, grey, blush dan olive. Entah kenapa berkenan dengan warna olive ni. Ikutkan warna hijau ni warna musuh saya. Betullah orang kata, benda yang kita tak suka tu yang akan kita suka nanti. Memang betul pun!

Dalam gambar nampak terang lagi tapi in real dia macam dusty olive macam tu. Suka sangat dengan material sejuk cotton mix ni. Dia macam sejenis kain sejuk yang berat sikit dan breathable. Kalau kena tiup angin pun tak mudah terselak. Selesa sangat pakai. 

telekung raya wrinkly floral by Varda

Bahagian muka yang paling saya suka tanpa getah. Lebih selesa. Bahagian muka tanpa getah yang susah nak cari. Ada tu ada tapi risau kalau beli longgar pulak sebab muka jenis kecil je. 

Yang menriknya, telekung travel Varda ni bahagian muka tu menggunakan material yang sama dengan kain telekung. Nampak seragam lebih cantik lagi kan. Kain telekung pun siap berpoket. Senang boleh simpan barang penting macam kunci ataupun handphone. 

Jenis handphone ringan okaylah, jenis berat risau terlondeh pulak kain tu nanti.

The best telekung travel lah pada saya. Telekung travel murah siap beg telekung yang boleh dijadikan sejadah mini dengan harga RM99 (Promo). Harga sebenar RM129. Pada saya harga setanding kualiti. Paling penting menepati ciri-ciri telekung yang saya nak.

Telekung Raya Wrinkly Floral by Varda Material Sejuk Cotton Mix

Telekung raya wrinkly floral by Varda

  • Material : Polyester (cotton mix)
  • Elasticated headband and waist
  • Comes with matching zipped bag
  • Features pockets
Setiap pembelian dapat free gift box, paper bag dan beg telekung. Lepas membeli baru perasan ada pilihan warna baru upload agaknya, ada warna  rose pink, purple dan ash grey. Berkenan betul dengan warna rose pink tapi sold out dah. Aduh..melepassss.

telekung raya wrinkly floral by Varda

Tapi lepas tu saya beli jugak warna lain, warna purple. Warna purple, lebih kurang warna pink rose. Pink rose tu macam dusty pink tapi lebih pink sikit. Purple pulak macam dusty purple. 

Bila dapat warna purple, bahagian muka tu bila pakai, dia tak melekap elok. Ada gelembung, refer dalam gambar bawah ni (bulatan hitam).

telekung raya wrinkly floral by Varda

Lepas tu saya basuh. Kot lah better lepas tu. Rupanya sama je. Saya inform pihak Varda. Dia suruh saya pos semula telekung tu dan akan kirimkan telekung baru dan kos penghantaran ditanggung. Okaylah, senang boleh bawa bincang.

Yelah kan, kita beli mesti nak yang elok punya. Yang tak senangnya nak kena pos tu lah. Nak tak nak pos jugaklah. Lepas dah sampai telekung yang saya pos tu, barulah dorang pos yang baru.

Alhamdulillah dapat yang elok, dalam gambar atas tu sebelah kanan dapat yang baru. Sampai sampai je terus cuba. Barulah okay. Best telekung travel ever! Senang telekung dan sejadah travel sekali. Beg tu boleh dijadikan sejadah mini.

website : varda

Dah Dapat Telekung Travel Yang Dicari Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan