[RASMI]-Drama Do You Love Me Captain (TV3)


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Do You Love Me Captain (TV3)
Do You Love Me Captain

Nantikan drama adaptasi novel Do You Love Me, Captain? karya Sophilea akan disiarkan di slot Lestary TV3 pada bulan ramadan ini. Menampilkan pelakon utama Ali Reza dan Sharifah Rose. Drama bersiri 25 episod terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh Adam Hamid. Do You Love Me, Captain? akan mula ditayangkan pada 13 April ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3. Turut ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Do You Love Me Captain

Episod: 25
Tarikh Tayangan: 13 April 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam 
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Nevelis: Sophilea
Penulis Skrip: Ain
Pengarah: Adam Hamid
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra, Tisya, Asyrf Nasir, Ayuni Hashim

Watak Pelakon 
Ali Reza sebagai Captain Darish Dzaqrie
Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra
Noniswara sebagai Dr Anis 
Faye Kusairi sebagai Harlina
Syainie Aida sebagai Zara
Hazeeq Dean sebagai Hakim
Azim Yusof sebagai Idlan
Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
Kartina Aziz sebagai Tok Mama
Yasmin Khalid sebagai Amilia
Daniel Fong sebagai Adam

Sinopsis Do You Love Me Captain

Daneena melarikan diri daripada rancangan jahat mak ciknya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit miliki Darish, kapten TUDM. Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

Sinopsis Novel Do You Love Me Captain

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.

“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.” 

Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari. 

“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.

“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"

Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.

Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.

“Siapa awak Daneena?”
“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”
 
Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…

Do you love me, Captain?

Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

Do You Love Me Captain
Drama Do You Love Me Captain (TV3) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan