Menyusuli Hati Memilih Dia, drama Khilaf Asmara akan mengisi slot Samarinda bermula 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam yang akan bersiaran di TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hiostar
Drama bersiri 15 (bukan adaptasi) merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Uchee Fukada, nukilan skrip oleh Siti Jasmina dan Uchee Fukada sendiri.
Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani dan ramai lagi.
OST drama ini berjudul Melepaskanmu nyanyian Amylea dan beliau juga merupakan komposer dan penulis lirik bagi lagu ini.
Sinopsis Drama Khilaf Asmara
Drama Khilaf Asmara mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri yang bahagia pada awalnya iaitu Aizad (Fahrin Ahmad) dan Hanim (Fasha Sandha).
Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Manakala Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi.
Pada suatu hari, Hanim telah membuat keputusan untuk menceburi bidang bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya iaitu Irma (Nelydia Senrose) yang juga seorang pengusaha yang menjalankan bisnes dan telah berjaya bersama suaminya, Luqman (Fattah Amin).
Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan terhadap Luqman. Bermula dari itu, mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia mereka terbongkat, Luqman kembali kepada pangkuang isterinya.
Luqman tidak bersikap serius dan tidak pernah mencintai Hanim sebenarnya. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Khilaf Asmara bermula 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.
Drama bersiri ini akan tersedia lebih awal daripada tayangan di tv. Jadi anda boleh langgan www.hotstar.com/my atau aplikasi Disney+ Hotstar dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.
0 comments:
Catat Ulasan