[RASMI]-Drama Risik Pada Hati (TV3)


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Risik Pada Hati (TV3)
Risik Pada Hati

Nantikan drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul dibintangi oleh Alif Satar,  Ummi Nazeera dan Zara Zyaa akan menemui penonton di slot Akasia TV3.  

Risik Pada Hati

Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam 
Rangkaian: Akasia TV3
Novelis: Hanni Ramsul
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures
Pelakon: Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini

Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Shiqin Kamal sebagai Suhara

Sinopsis Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam

“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa

“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya

Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?
Drama Risik Pada Hati (TV3) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan