Tapiii..disebabkan encik suami tu tak makan sayur labu, kenalah ada sayur juga. Rebus kacang bendi je sudah. Jenis tak cerewet takpe! Asalkan ada sayur atau ulam yang dia makan sudah lah. Rasa tak best pulak kalau makan tak ada sayur.
Sekurang kurangnya timun atau kobis. Itu paling mudah lah. Stok sambal gesek memang dah siap buat stok siap-siap. Senang dah ready stok sambal ni.
Ikan kembung goreng letak garam dan kunyit je macam biasa. Cara masak sayur labu santan masak lemak paling mudah. Letak je semua bahan dalam periuk, buka api dan tunggu masak je. Mudah sangat.
baca juga : resipi sayur labu masak lemak putih paling senang
Kacang bendi tu rebus je didihkan air tapi saya pernah baca ada petua rebus bendi tanpa berlendir dan kekal segar.
Petua rebus bendi tidak berlendir dan kekal segar
Mula-mula didihkan air dengan 1 sudu minyak masak, masukkan kacang bendi dan rebus sampai empuk. Angkat dan toskan air rebusan.
Hasilnya bendi tidak akan berlendir dan nampak segar lebih lama katanya. Tapi saya tak pernah cuba petua tu lagi.
Setakat ni rebus biasa je. Potong tangkai dia tu jangan sampai habis (rujuk dalam gambar di atas), begitulah cara saya potong.
Kalau kacang bendi tu terpotong ke apa berkemungkinanlah dia akan keluarkan lendir semasa merebus. ke?
0 comments:
Catat Ulasan