[RASMI]-Menangkap Matahari


Timeline Cover
Timeline Cover
Menangkap Matahari
Isnin minggu lepas balik kampung Pilah kejap. Mak ada kat kampung, lepas tu nak beli barang dapur sikit. Nak cari cili api sebab kat Seremban ni payah boto nak dapat cili api. Alang-alang dah balik tu kita singgah Tg. Ipoh beli cili api, sayur dan lain-lain.

Terkejut harga sekor ayam dah cecah RM22. Humang aihh! Mahal bonar! Ke saya yang baru keluar gua ni. Sebelum ni paling mahal beli seekor ayam RM18. Sejak ayam mahal, saya beli bahagian kepak atau paha yang nak buat chicken chop tu. 

Dalam perjalanan, nampak matahari terbit cantik sangat. Masa ni lebih kurang pukul 8 lebih tapi cerah betul. Cuma saya gunakan filter lightroom untuk nampak gambar lebih menarik ada jiwa gitu. 

Agak mencabar nak menangkap matahari bila dari dalam kereta. Dengan gegaran dan terhalang dek cermin kereta. Berkali kali jugak menangkap, dapat juga scene gambar matahari yang menarik. 

Menangkap Matahari

Tertarik dengan scene dalam gambar ni. Sekitar waktu yang sama cuma tempat berbeza, saya gunakan filter yang lebih gelap nampak kesan macam kelam macam tu tapi yang penting matahari tu nampak menonjol.

Menangkap Matahari

Kalau ada DSLR ni mesti lagi best menangkap gambar. Lagi jelas dan cantik. Kan? 

Menangkap Matahari Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan