[RASMI]-Rendang Ayam Sekali Lagi


Timeline Cover
Timeline Cover
Rendang Ayam Sekali Lagi
Jangan tak percaya, menu berbuka 18 puasa merendang lagi. Rendang ayam sempena bukber (buka bersama) anak buah. Disebabkan dia outstation dekat Seremban, tu yang datang tu. Dapatlah buka bersama.

Bila tetamu datang, kenalah masak something special. Taklah special sangat. Rendang ayam je pun. Tak masak sayur, potong timun je sudah. Sebenarnya tak tahu sayur apa yang sesuai nak digandingkan dengan lauk rendang ayam ni.

Yelah kan, biasanya raya kita makan rendang mana ada sayur bagai. 

baca juga : resipi rendang ayam mudah dan sedap

resipi rendang ayam mudah dan sedap

Tema meja harini kacau bilau tak mengikut tema. Sauk je mana yang sesuai dan cepat hidang. Terajin sikit harini mempopiah inti kayangan. Ada isi ayam, udang, kacang panjang dan lobak yang ditumis dengan bawang merah dan bawang putih.

baca juga : resipi popia kayangan

Sambal manis kisar cili merah besar, bawang putih dan tomato. Masakkan atas dapur, masukkan garam dan gula. Biarkan masak lama sikit sampai pekat. Nak cair sikit tambahlah air. Begitulah cara saya buat popiah dan sambal manis.

Sedap lagi letak taugeh sebenarnya, tapi malas nak letak takut cepat basi. Potong sebiji buah mangga dan buah oren. Dah siap!


Rendang Ayam Sekali Lagi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan