Drama Sepi Tanpa Cinta diadaptasi daripada novel Biarkan Sepi Berlalu karya Damya Hanna akan disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April ini. Sepi Tanpa Cinta diarahkan oleh Rashid Sibir, menampilkan Nazim Othman danYuna Rahim sebagai pelakon utama.
Sepi Tanpa Cinta
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 8 April 2022
Rangkaian: Sooka
Novelis: Damya Hanna
Penulisan Skrip: Adib Zaini, Mike Alias, Shaza Talib, Ares Bahar, Dayang Noor, Qawiem Hamizan
Konsep / Skrip: Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Rahim, Shamsiah Tukijo
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd
Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Fakrul
Yuna Rahim sebagai Haziqah
Jihaa Sham sebagai Sue
Zulhelmy sebagai Yusri
Asyiqin Zaed sebagai Radiah
Sheila Mambo sebagai Haryati
Fauziah Nawi sebagai Aminah
Fikri Bazli sebagai Amirul
Rosnah Mat Aris sebagai Senah
Maisarah Sufia sebagai Zura
Adam Shadan sebagai Idzham
Heryanto Hassan sebagai Leman
Amy sebagai Faremy
Maria Farida sebagai Sakinah
Fateh sebagai Hafiz
Kismah Johar sebagai Mak Doha
Zaidi Omara sebagai Fuad
Norlia Ghani sebagai Mak Bedah
Sinopsis Sepi Tanpa Cinta
Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!
Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.
Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.
0 comments:
Catat Ulasan