[RASMI]-Tonton Drama Khilaf Asmara Full Episode Online


Timeline Cover
Timeline Cover
Tonton Drama Khilaf Asmara Full Episode Online
Tonton Drama Khilaf Asmara full episode secara online di platform hotstar.com (Disney+ Hotstar) atau tonton di xtra.com.my live streaming. Drama Khilaf Asmara episod 1 mula bersiaran pada 18 April 2022, jam 10:00 malam di slot samarinda TV3 dibintangi pelakon Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.
 
Drama khilaf Asmara Slot Samarinda TV3 Full Episode

DRAMA KHILAF ASMARA

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 18 April 2022
Waktu tayangan : Isnin - Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3 | hotstar.com (Disney+ Hotstar) | xtra.com.my
Idea Asal : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Uchee Fukada
Terbitan : Radius One

PELAKON KHILAF ASMARA

Nelydia Senrose sebagai Irma Sufia Amri
Fasha Sandha sebagai Sya Hanim Syarif
Fattah Amin sebagai Luqman Hazim
Fahrin Ahmad sebagai Aizat Sulaiman
Amy Mastura sebagai Wan Su
Rahim Jailani sebagai Dato Amir
Wan Raja sebagai Saiful
Jerry Zairudin sebagai Ryzal
Auni Zahra sebagai Tasya

SINOPSIS KHILAF ASMARA

Wan Su (Amy Mastura) merupakan seorang janda, mempunyai anak perempuan bernama Hanim (Fasha Sandha). Dia berkahwin dengan Dato' Amir (Rahim Jailani), seorang duda mempunyai anak bernama Irma (Nelydia Senrose). Hanim dan Irma rapat semenjak kecil.

Ikatan yang dahulu mesra, kini dicemari tamak haloba. Demi memiliki segalanya, Hanim sanggup menghianati adiknya Irma.

Aizat (Fahrin Ahmad) dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizat ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. 

Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya. Irma pula seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman (Fattah Amin). 

Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. 

Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?


Tonton Drama Khilaf Asmara Full Episode Online Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan