Ikut jalan alternatif, Jalan Bukit Putus lama.
Perjalanan lancar tapi keluar kat Ulu Bendul tu hadap jem lah kejap. Sempat lah santai santai siapkan hidangan berbuka bila dah sampai kampung tu. Adik ipar pasang pelita, barulah meriah suasana hari raya bila ada pelita raya ni.
Lepas solat maghrib, adik ipar cakap esok Isnin raya. Serius lah???
Sumpah tak percaya! Tak tengok TV sebab petang tu modem ke apa entah meletop sebab petir. Petang tu hujan petir guruh berlawan-lawan. Puaslah cari info raya Isnin 2 Mei 2022. Adik ipar kata dia tengok Astro Awani.
Tengok kat twitter, sah! Raya 2 Mei 2022. Terjawablah sudah persoalan raya 2 Mei atau 3 Mei tu. Ramai dah wish raya. Orang Sabah sempat terawih 6 rakaat siap. Betul betul raya terkejut. Panik raya masing masing. Semua orang tak siap prepare apa. Huru hara dibuatnya.
Mujur jugak mak mentua dah siap sikit persiapan raya. So terus keluarkan segala benda nak memasak. Tolong mak mentua siapkan rendang ayam dulu. Sementara tu adik ipar siap-siap masukkan kuih dalam balang kuih.
Ikut plan, kononnya nak tidur semalam kat Kuala Pilah tapi dah raya terkejut, pukul 11 lebih lepas siap merendang terus gerak balik kampung saya di Segamat.
Sebab dah plan nak raya pertama di kampung saya tahun ni. Sampai di Segamat jam 2:00 pagi. Tak jem. Masih meriah ramai orang nak beli persiapan raya last minit mungkin. Masing masing pakat berjaga siapkan apa yang patut.
Bila 2 tahun tak beraya sakan, sekali surprise terus tiba tiba hari raya awal sehari. Walaupun serba kelam kabut, kalut, panik dan bermacam-macam drama ada tapi suasana tu sangat dirindui.
Bila 2 tahun tak beraya sakan, sekali surprise terus tiba tiba hari raya awal sehari. Walaupun serba kelam kabut, kalut, panik dan bermacam-macam drama ada tapi suasana tu sangat dirindui.
Letih lain macam. Masing masing kepenatan, lebam mata siapkan persiapan raya. Dalam penat-penat, semua happy dapat berkumpul dan merasa kemeriahan sambut hari raya. Alhamdulillah...
Bersambung...
Bersambung...
0 comments:
Catat Ulasan