[RASMI]-Drama Air Mata Allisya (TV9)


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Air Mata Allisya (TV9)
Air Mata Allisya

Drama bersiri 15 episod Air Mata Allisya diadaptasi daripada novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi bakal menemui penonton TV9 bermula 19 Mei 2022 pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam. Diterbitkan oleh Country Universal, arahan Kyoll Hamzah dan nukilan skrip oleh Haida Mazni Mohammad.

Air Mata Allisya

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 20 Mei 2022
Waktu Siaran: Jumaat, 8:30 malam
Rangkaian: TV9
Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Country Universal Sdn Bhd
Pelakon: Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff, Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Zainol Macwilson, Zalfa Zin

Watak Pelakon
Keith Foo sebagai Daniel Arief
Sophia AlBarakbah sebagai  Intan Allisya
Hariz Hamdan sebagai Iqbal 
Puteri Khareeza sebagai Maria
Nazeera Sardi sebagai Balqish
Tony Eusoff sebagai Datuk Mustapha
Anne Abdullah sebagai Datin Sarimah
Jasmin Hamid sebagai Datin Norish
Zalfa Zin sebagai Zeera

Sinopsis Air Mata Allisya

Mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. 

Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. 

Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati. 

Sinopsis Novel Air Mata Allisya

Intan Allisya, begitu indah nama itu namun siapa sangka takdir gadis ini tidak seindah namanya. Masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu.

Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.

Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka.

Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?

Penderitaannya tidak berakhir di situ. Dia diuji lagi. Di saat hatinya nekad untuk meninggalkan Arief, dia disahkan hamil. Allisya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Pujuk rayu Arief tidak dihiraukan malahan kebencian makin tepu dalam hati.

“Tak cukup lagi ke awak dah bunuh adik saya? Sekarang awak nak bunuh anak saya pulak? Saya benci awak!”

Arief pasrah. Dia sudah tidak terdaya. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat secebis kemaafan daripada isterinya?

“Setelah abang fikir dalam-dalam baru abang sedar yang abang langsung tidak layak untuk sayang. Abang hanya buat sayang menderita. Selama hidup dengan abang, air mata sayang tak berhenti mengalir. Pergilah sayang, carilah kebahagiaanmu. Abang lepaskan sayang pergi..” Arief menangis hiba.

Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?
XXX
Drama Air Mata Allisya (TV9) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan