[RASMI]-Selamat Hari Guru 2022


Timeline Cover
Timeline Cover
Selamat Hari Guru 2022
16 Mei, tarikh Hari Guru 2022 merupakan sambutan hari guru yang ke-51. Setiap tahun, sambutan hari guru disambut di setiap sekolah di Malaysia. Sambutan Hari Guru disambut bagi mengenang jasa guru-guru yang telah mendidik kita.

Tema Hari Guru 2022

Tema Hari Guru 2022, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

tema hari guru 2022

Tema dan huraian tema Hari Guru 2022

Berikut dikongsikan huraian kata kunci bagi tema sambutan Hari Guru ke-51 tahun 2022 ini : Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

Penerangan kata kunci

  • Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid
  • Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan berperibadian unggul
  • Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan

tema hari guru 2022

SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni. Setiap huruf membawa maksud khusus yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.

S – Selamat, seronok dan sihat
E – Etika dan empati
J – Jati diri
A – Adab sopan
H – Harmoni
T – Tekun, teliti dan terampil
E – Eskplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

HURAIAN

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid.

Peranan guru ialah merujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadiakn amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA itu ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

sumber : ipendidikan

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik yang telah mengajar dan mencurahkan ilmua pada saya. Tak lupa jugak encik google.

Selamat Hari Guru 2022 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan