[RASMI]-Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu


Timeline Cover
Timeline Cover
Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu
Kerana Aku Seorang Ibu, telefilem istimewa Hari Ibu lakonan Aida Aris, Amyza Aznan, Angeline Tan dan ramai lagi bersiaran pada hari Sabtu, 21 Mei 2022 jam 9:00 malam di TV1. Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu live streaming TV1 di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu TV1

TELEFILEM KERANA AKU SEORANG IBU

Waktu Siaran : Sabtu, 21 Mei 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Panggung RTM TV1
Penulis skrip : Faten Syamimie
Pengarah : Ollynn Khadri
Produksi : Notion Oven

PELAKON KERANA AKU SEORANG IBU

Aida Aris sebagai Maria
Angerline Tan sebagai Anita
Amyza Aznan sebagai Julia
Elvina Chua sebagai Juwita
Bibi Qarina sebagai Thalia
Ieja Fy sebagai Ezrin
Fimie Don

SINOPSIS KERANA AKU SEORANG IBU

Mengisahkan tentang empat wanita berbeza yang bergelar ibu yang berusaha membesarkan zuriat masing-masing meskipun berdepan dalam situasi penuh kesukaran.

Kisah Maria, wanita berkerjaya yang membangunkan perniagaannya sendiri. Dia telah bercerai dengan bekas suaminya dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ezra dan Ezrin. Setelah bercerai dengan Zainal, kedua-dua anak itu yang meningkat remaja dibesarkan oleh bapa mereka. Kesibukan Maria menguruskan perniagaan menyebabkan hubungannya dengan Ezra dan Ezrin renggang dan semakin menjauh.

Satu hari, Zainal perlu ke luar negara atas urusan kerja dan tugasan menjaga Ezra dan Ezrin diberikan kepada Maria selama sebulan. Ezra bertegas mahu tinggal sendiri di rumah kerana beranggapan dirinya mampu menguruskan diri. Namun dibantah keras oleh Zainal. Sebenarnya Zainal berharap kesempatan itu digunakan oleh Maria untuk mengeratkan semula hubungan dengan anak-anak mereka.

Kisah Anita pula, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutkan pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruskan rumah dan Sara. 

Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita.

Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaikan diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabkannnya mengandung dan melahirkan Sara. 

Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra.

Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia. Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak tirinya itu apatahlagi dia telah beberapa kali keguguran. 

Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang. Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. 

Apakah kesudahan cerita mereka?
Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan