[RASMI]-Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018


Timeline Cover
Timeline Cover
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018
Sukacita dimaklumkan kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang antara ibu atau bapa dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS bagi tahun 2018 kini dibuka.



Para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dipelawa untuk memohon BKNS dengan mengikuti panduan seperti di bawah.
Butiran Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018

Tarikh Permohonan DibukaTarikh Permohonan Ditutup
31 Mac 201830 April 2018
Pautan Permohonan: BKNS Online 2018
Senarai IPT Yang Ditaja 2018

Syarat Permohonan BKNS 2018

Permohonan BKNS yang ditawarkan adalah pelajar yang mengambil peringkat pengajian Diploma dan Ijazah di universiti tempatan sahaja. Berikut adalah senarai bidang pengajian yang boleh memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

Senarai Bidang Dalam Peringkat Pengajian Diploma

JuruukurJuruukur Bahan
KejuruteraanKesihatan & Perusahaan Ternak
Pengurusan HartanahPertanian
PerakaunanSains Tulen
Seni BinaTeknologi Maklumat
  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
  3. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Senarai Bidang Dalam Peringkat Pengajian Ijazah

AkuakulturPerikananEkonomi
PertanianFarmasiPerubatan
Juru Ukur BahanPerhutananKejuruteraan
Perubatan VeterinarKomunikasiPsikologi
MatematikSains Alam SekitarMuzik
Sains Biologi MarinPelancongan & HospitalitiSains Bioteknologi
PendidikanSains & Teknologi MakananPengajian Islam
Sains KomputerPengangkutan & LogistikSains Tulen
Pengurusan LadangSeni BinaTESL
Teknologi MaklumatPengurusan HartanahPerakaunan
Undang-undangPentadbiran PerniagaanPergigian
  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun.
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3 yang diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau dengan kelayakan yang setaraf.
  3. Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  4. Keputusan diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  5. Lulus matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  6. Lulus asasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  7. Bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
Pemohon boleh semak iklan rasmi daripada Portal BKNS ini.

Jika ada sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi ke alamat dan talian seperti berikut:

Biasiswa Kerajaan Negeri,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 1-5 Wisma Perindustrian, Likas,
88400 Kota Kinabalu Sabah
No.Tel: 088-260-161

INFO BERKAITAN: Permohonan Bantuan Musim Tengkuju
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan