[RASMI]-Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019


Timeline Cover
Timeline Cover
Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan tawaran kemasukan tingkatan 6 bagi sesi akademik 2018/2019 telah dikeluarkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan senarai nama yang ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkatan Tingkatan 6 untuk pendaftaran pada tarikh yang akan diumumkan kelak.



Tarikh Penting Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Tarikh Semakan DibukaTarikh Semakan Ditutup
__April 2018___
Klik: Semakan Online Kemasukan Tingkatan 6

Senarai tawaran kemasukan Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan akan diumum menerusi sistem aplikasi semakan online Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu info rasmi mengenai tarikh semakan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tarikh rasmi ambilan pertama dan kedua juga akan diumum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui di laman portal yang sama. Pelajar yang tidak berjaya mendapatkan tawaran kemasukan tingkatan 6 boleh membuat rayuan sejurus tarikh semakan diumumkan

Cara Membuat Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6
  1. Sistem Aplikasi Online Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019.
  2. Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Taip MOE <jarak> T6 <jarak> No.IC / Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Makluman Penting Untuk Calon Pelajar Tingkatan 6

Sebagai makluman kepada pelajar, kemasukan tingkatan 6 tidak perlu mengemukakan permohonan kerana pelajar yang layak menepati syarat kemasukan akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakalah pelajar yang tidak mendapat tawaran kemasukan tingkatan 6, boleh mengemukakan rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut Mengenai Tingkatan 6

Rayuan Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2018/2019

Tarikh Rayuan DibukaTarikh Rayuan Ditutup
___April 2018___

Bagi pelajar lepasan SPM yang tidak mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6, rayuan boleh dikemukakan ke Pegawai Pengurusan Tingkatan 6, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BERKAITAN: Panduan dan Borang Rayuan Tingkatan 6

Senarai Nama Yang Bertanggungjawab Yang Menguruskan Tingkatan Enam di JPN Setiap negeri.

Tarikh rayuan permohonan kemasukan tingkatan enam boleh dibuat akan dikemaskini dari masa ke semasa. Segala info rasmi adalah garapan daripada maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan