Drama bersiri Kerana Dia Suka diinspirasi daripada novel terbitan Karya Seni nukilan Marissa disiarkan pada 9 Mac ini mengisi slot Lestary TV3 dan boleh strim di Disney+ Hotstar. Sebuah drama arahan Kyoll Hamzah, ditunjangi oleh Fikry Ibrahim dan Rita Nadira.
Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!
Kerana Dia Suka
Episod:20
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Novelis: Marissa
Skrip: Mufid Suhaimi, Next Scene Team
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Risyka Akira, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma, Zain Saidin
Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Idham
Rita Nadira sebagai Wardina
Nasha Aziz sebagai Seha
Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
Riz Amin sebagai Ijol
Ezany Nizarif sebagai Dato Zaki
Marissa Yasmin sebagai Datin Frida
Fendi London sebagai Haji Budin
Risyka Akira sebagai Zaimah
Nafiez Zaidi sebagai Sufian
Zain Saidin sebagai Encik Khalid
Mimi Ernida sebagai Aida
Aidit Noh sebagai Riz
Nina Smith sebagai Nurlisa
Halmey Hamdah sebagai Dato Hisyam
Noor Hannan sebagai Mak Long
Shah Khan sebagai Mirza
Lagu Tema (OST)
Lagu : Kan Kan
Penyanyi : Zarol Zari
Komposer : Cat Farish, Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Suffren Ghafar, Amri Aziz
Sinopsis Kerana Dia Suka
Wardina (Rita Nadira) terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya selepas tunangnya, Sufian ditangkap basah ketika berada di rumah Aida, anak kepada ketua kampung, Tok Jamal. Sufian menyatakan dirinya diperangkap dan tidak akan bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan Wardina.
Wardina mengambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Langkawi bersama-sama dengan Zee kerana tidak mahu diganggu dengan Aida yang sedang rancak membuat persiapan perkahwinan. Di KLIA, Wardina bertembung dengan Idham (Fikry Ibrahim). Pelbagai insiden lucu telah berlaku antara mereka berdua dan Wardina rasa segan dengan Idham. Namun, mereka bertemu lagi di tempat penginapan yang sama dan berpeluang untuk meluangkan masa bersama-sama.
Wardina selesa berkawan dengan Idham. Idham berterus-terang dengan Wardina bahawa dia telah bertunang. Walaupun tertarik dengan personaliti Idham, Wardina mengawal perasaan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Malahan, Wardina menganggap perkenalan mereka tidak akan berpanjangan.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Wardina berazam untuk memulakan hidup baharu. Dia ingin melupakan Sufian dan dia juga tidak mahu memikirkan tentang Idham lagi. Namun, Sufian masih tidak henti-henti mengganggu Wardina dan bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengan Wardina.
Idham tiba-tiba kembali menghubungi Wardina dan menziarah Wardina yang berada di kampung. Idham mahu lebih mengenali Wardina, malah dia juga bergaul mesra dengan keluarga Wardina. Walaupun terharu dengan kebaikan Idham, Wardina sentiasa menjaga batas kerana tidak mahu mengganggu tunangan orang. Di sebalik ketenangan raut wajah Idham, dia berusaha mencari jalan penyelesaian untuk meleraikan kemelut hubungan dengan tunangnya, Lisa kerana dia sudah mula menyayangi Wardina. Suka hanya untuk dia, adakah Wardina dan Idham ditakdirkan untuk bersama?
Sinopsis Novel Kerana Dia Suka
“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”
Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” - Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.
Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham
0 comments:
Catat Ulasan