[RASMI]-Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)
Bila Hati Memilih Dia

Drama adaptasi novel 'Bila Hati Memilih Dia' karya Wan Nur Najihah akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama bersiri 15 episod arahan Bahri Uma, diterajui oleh Aedy Ashraf dan Eyka Farhana. Drama Bila Hati Memilih Dia bakal menemui penonton TV3 bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Bila Hati Memilih Dia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQiyi
Novelis: Wan Nur Najihah
Skrip: Farah Alya As'ari, Farah Bani
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Maryam Annisa, Zila Bakarin, Shahz Jaszle, Azri Sabri, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Mak Wan, Qistina Khaled, Shah Rezza, Ezaidi Aziz, Syeera Aziz, Edaman Othman, Izuan Razali

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Nazril
Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha
Maryam Annisa sebagai Nufail
Zila Bakarin sebagai Makcik Melur
Shahz Jaszle sebagai Fadhil
Azri Sabri sebagai Farhan
Gambit Saifullah sebagai Iqram
Shima Anuar sebagai Sofea
Qistina Khaled sebagai Adwa

Lagu Tema (OST)
Bila Hati Rindu - Lah Ahmad

Sinopsis Bila Hati Memilih Dia

Kisha Adra (Eyka Farhana) yang baru habis belajar dan sedang menunggu tawaran pekerjaan. Adra telah dipaksa oleh mak tirinya Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri). Namun Adra menolak permintaan ibu tirinya kerana masih tidak bersedia. Pada masa yang sama, Nazril (Aedy Ashraf), terpaksa berpindah ke Langkawi atas urusan kerja. Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan dia terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anaknya, Nufail (Maryam Annisa). 

Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.

Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.

Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra. Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu. 

Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil (Shahz Jaszle) abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra.

Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? 

Sinopsis Novel Bila Hati Memilih Dia

"Kau nak cerai,kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau? - NAZRIEL

Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang.

"Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail." - NAZRIEL

Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain.

"Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh." - ADRA

Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahnya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta.

"Saya tak sempurna untuk awak." - ADRA

"Saya tetap nakkan awak."- NAZRIEL

Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai.

"Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa."

Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama. 

Bila Hati Memilih Dia
Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan