Drama siri mini Nusyuz Berkiblat Cinta merupakan arahan sutradara Hadith Omar, dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae, ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Nusyuz Berkiblat Cinta
Episod: 7
Tarikh Tayangan: 3 April 2022
Waktu Siaran: Ahad, 9:00-11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria
Skrip: Rozie Rashid
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin, Rahman Hamid
Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Hawa
Fikry Ibrahim sebagai Adam
Nadhir Nasar sebagai Erfhan
Shaza Bae sebagai Safiana
Dayana Roza sebagai Khadijah
Sabhi Sadhi sebagai Zarul
Yaya Maembong sebagai Aisyah
Ako Mustapha sebagai Arman
Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris
Mak Wan sebagai Puan Fatimah
Tengku Malia sebagai TJ
Ikhwan Khairudin sebagai Amir
Lagu Tema (OST)
Naim Daniel - Mainan
Sinopsis Nusyuz Berkiblat Cinta
Mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana.
Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.
Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.
Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.
Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?
0 comments:
Catat Ulasan