Pada setiap musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri, kemunculan iklan atau filem pendek hari raya adalah antara yang ditunggu-tunggu. Sudah menjadi kebiasaan bagi syarikat-syarikat ternama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah iklan Hari Raya untuk menyampaikan sebuah mesej tersirat dan sekaligus memeriahkan lagi suasana Hari Raya.
Berikut adalah himpunan / koleksi video Iklan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015:
Astro - Kisah Benar Herman
Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan setiap insan berhak untuk mendapat kemaafan. Kemaafan sebenar tidak hanya semasa hari perayaan. Tidak hanya dituturkan ketika azan 1 Syawal. Kerana�. Ruang maaf tiada batasnya. Tiada noktah untuk kemaafan.
Media Prima (TV3, TV9, 8TV, NTV7) #SyukurSelalu - Menzahirkan Kebahagiaan
Apabila kita melihat dengan hati, sekecil mana pun kurniaan Ilahi, pasti menzahirkan kebahagiaan yang tidak ternilai.
Telekom Malaysia (TM) - #PakCikMisteri
"Orang yang susah lagikan memberi, kenapa tidak saya?"
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
#OrangMemberi #KitaMerasa
Bank Simpanan Nasional (BSN) - Pengacau Raya
Aidilfitri yang sempurna diraikan bersama yang tersayang
Tenaga Nasional (TNB) - Sinar Baru #SinarBaru
Cahayanya menyusuri alam
Menyelubungi keindahan milik pencipta
Mengusik hati yang ingin berfikir
Mensyusuri kehidupan, mengingati kebenaran
Bangkitlah
Mari menuju kejayaan
Mengubah segala kesilapan
Jadilan insan terpilih
Sucikan batin, indahkan zahir
Menjadi sinar yang menyinari
Bagai bulan mengindahkan malam
Bagai mentari menerangi alam
Selama diizinkan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) - Cuti Raya #CutiRaya
Untuk tonton iklan penuh berdurasi 7:29, sila ke laman YouTube FINAS
Bukan sengaja tunduk pada cita-cita
Kadangkala keadaan tidak berpihak kepada kita
Namun kemaafan dipinta bukti tanda cinta
Mydin - Syawal Pak Leman #SyawalPakLeman
Radio Televisyen Malaysia (RTM)- #InikanRaya
Eratkan silaturrahim sesama kita. Bersama itu lebih bermakna
AEON Malaysia
Yang jauh didekatkan, silaturrahim dieratkan
PTS Media Group - Kad Raya Syafiqa
Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka.
Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu.
Pulanglah
Pelaburan MARA
Kegembiraan lebih bermakna apabila kita berkongsi sesuatu yang berharga dan paling disayangi dengan orang lain dengan penuh keikhlasan.
EcoWorld - Sinaran Syawal
Malaysia Airlines (MAS) - Fitrah #BetterTomorrow
Petronas - Sampai Hati
Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
0 comments:
Catat Ulasan