Kepada yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.
Syarat Sebagai Pemilih
- Warganegara Malaysia
- Sudah mencapai umur 21 tahun
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
- Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
- Daftar mengikut alamat terkini di JPN
- Pastikan Borang A diisi dengan betul.
- Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
- (a) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
- (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
- (c) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.
- Nota: Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
- Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;
Cara mendaftar melalui pejabat pos . Caranya:
- Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
- Hulurkan ic anda
- Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh staf yang bertugas di kaunter.
- Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
- Siap. Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!
OTHER OPTIONS
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran (Sila rujuk tajuk di bawah);
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN
- Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Klik Sini
- Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
- Kaunter SPR melalui Program Outreach
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Klik Sini
- Senarai Penolong Pendaftar – Klik Sini
Semakan Pemilih secara Online
Sila layari atau klik Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi
Tarikh akhir daftar: 30 September 2016. Tarikh ini hanyalah persediaan awal kerana kemungkinan untuk nama anda berada didalam sistem mengundi adalah mangambil masa. buatlah persediaan yang awal.
1 comments:
HAHAHA... :3
Catat Ulasan