[RASMI]-Daftar Mengundi & Semakan Secara Online 2016


Timeline Cover
Timeline Cover
Daftar Mengundi & Semakan Secara Online 2016
Daftar Mengundi & Semakan Secara Online 2016Kepada yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Syarat Sebagai Pemilih
  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia


Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
  1. Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
  2. Daftar mengikut alamat terkini di JPN
  3. Pastikan Borang A diisi dengan betul. 
  4. Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
    1. (a) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
    2. (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
    3. (c) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.
      1. Nota: Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
  5. Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan
  6. Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;
Cara mendaftar melalui pejabat pos . Caranya:
  1. Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
  2. Hulurkan ic anda
  3. Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh staf yang bertugas di kaunter.
  4. Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
  5. Siap. Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!

OTHER OPTIONS
  • Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran (Sila rujuk tajuk di bawah);
  • Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN
  1. Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
  2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Klik Sini
  3. Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
  4. Kaunter SPR melalui Program Outreach
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Klik Sini
  6. Senarai Penolong Pendaftar – Klik Sini
Semakan Pemilih secara Online

Sila layari atau klik Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi




Tarikh akhir daftar: 30 September 2016. Tarikh ini hanyalah persediaan awal kerana kemungkinan untuk nama anda berada didalam sistem mengundi adalah mangambil masa. buatlah persediaan yang awal.




Daftar Mengundi & Semakan Secara Online 2016 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA... :3

Catat Ulasan