[RASMI]-Fattah teruja berlakon dengan idola


Timeline Cover
Timeline Cover
Fattah teruja berlakon dengan idola
Fattah 2016

"Memang saya teruja dapat berlakon dengan idola yang saya ikuti setiap lakonannya sejak di bangku sekolah. Sepanjang di lokasi, beliau seorang aktor berpengalaman yang tidak kedekut berkongsi ilmu.

Aktor, Fattah Amin, 25, menganggap impian menjadi kenyataan apabila berpeluang bergandingan dengan idola, Datuk Rosyam Nor dalam filem pertamanya, KL Special Force yang menjalani penggambaran sejak bulan lalu.

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd yang diarahkan sendiri anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu adalah penampilan sulungnya di layar perak selepas empat tahun terbabit dalam industri hiburan.

"Banyak perkara dikongsi termasuk tips untuk babak aksi sepanjang penggambaran yang bermula Mei lalu dan dijangka dapat disempurnakan selepas sambutan hari raya nanti.

"Ikutkan sebelum ini sudah ada tawaran ke layar perak tetapi bertindih bertindih dengan jadual penggambaran drama. Syukur, rupa-rupanya rezeki saya dapat berlakon filem pertama dengan Datuk Rosyam (Nor).

"Saya anggap ini fasa yang cukup membanggakan saya secara peribadi sekali gus menjadi sejarah manis dalam kerjaya seni saya," katanya yang membawa watak anggota polis dalam filem itu.

Filem yang turut mendapat kerjasama syarikat Syafiq sendiri, Viper Studios dan Damofa Productions juga membariskan Syamsul Yusof serta bintang muda, Tania Hudson.

Berkongsi mengenai watak Inspektor Zul, katanya banyak babak aksi perlu dilakukan dan berisiko berisiko tinggi seperti terjun dari bangunan sekali gus memerlukan dirinya membuat persediaan mental dan fizikal.

"Dua bulan sebelum penggambaran saya mengikuti latihan seni mempertahankan diri selain menggandakan senaman di gimnasium. Apabila terbabit dengan filem kepolisan ini, saya membayangkan filem Police Story yang menyelitkan babak kejar penjenayah, lompat bumbung kereta terbalik dan meletup," katanya.

Fattah juga muncul dalam drama bersiri baharu berjudul Ketupat Palas Mr Handsome di TV3 berpasangan dengan Mira Filzah, bermula 23 Jun lalu. - BHarian
Fattah teruja berlakon dengan idola Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan