Harga Honda Civic termasuk insurans adalah seperti berikut:
RM113,800 (1.8S)
RM127,800 (1.5 Turbocharged)
RM135,800 (1.5 Turbocharged Premium)
Honda Civic generasi ke-10 akhirnya dilancarkan secara rasmi di negara ini dengan rekaan revolusi termaju untuk tampil menarik.
Kenderaan segmen C yang sudah bertakhta hampir 44 tahun dalam industri automotif global itu kini hadir buat kali pertama menggunakan enjin 1.5 liter pengecas turbo.
Selain itu, Honda Civic generasi baharu itu ditawarkan dengan enjin 1.8 liter i-VTEC yang kedua-dua rangkaian kuasa berkenaan menggunakan transmisi CVT untuk memberi pemanduan lancar dan jimat minyak.
Enjin 1.5 liter pengecas turbo baharu yang menggunakan teknologi Earth Dreams itu, memberi kekuatan seperti enjin 2.4 liter inspirasi biasa (NA) dengan menyalurkan 173PS serta tork setinggi 220Nm.
Bagi enjin 1.8 liter i-VTEC pula, ia menawarkan kuasa maksimum sehingga 141PS dengan 174Nm.
Kedua-duanya mengunakan kotak gear CVT serta diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai.
Bagi mencapai �keselesaan tertinggi�, pasukan jurutera Honda menggabungkan bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman bagi memberi tahap keselesaan serta keluasan seperti kenderaan segmen D.
Keluasan itu berpunca daripada jarak rodanya lebih panjang 30 milimeter (mm), manakala 45mm lebih lebar berbanding Honda Civic model sebelum ini.
Bagi memberi impak aerodinamik dan bersesuaian dengan gaya coupe, bumbung bahagian belakang jentera itu direndahkan 20mm serta bonet hadapan mencecah 35mm.
Meninjau ke bahagian ruang dalaman pula, ia diperkemaskan pelapik lembut berkualiti tinggi untuk menyerlahkan personalitinya yang ranggi dan memiliki karakter premium.
Kedapan bunyi lebih baik apabila dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya.
Secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan jentera itu satu kelas di atas berbanding pesaingnya.
Model itu juga Teknologi Maju Terhubung menerusi paparan audio terkini bersaiz 7 inci, selain memiliki sistem kawalan penghidup enjin, brek parkir elektrik, �Walk Away Auto Lock� dan �Auto Brake Hold�.
Nampaknya, Honda mementingkan ciri keselamatan apabila ketiga-tiga varian Honda Civic baharu memiliki enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Brek, Bantuan Memula Menaiki Bukit, Pengagihan Brek Elektronik dan Isofix.
0 comments:
Catat Ulasan