[RASMI]-Drama Suamiku Paling Sweet lakonan Mawar dan Syafiq


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Suamiku Paling Sweet lakonan Mawar dan Syafiq
Mawar Syafiq

Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet, mengisahkan Qisya yang terpaksa mengikut kata mamanya menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey.

Namun satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah dan benci dan tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi berbeza pula dengan penerimaan Izz yang Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Lakonan Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem. Terbitan Primeworks Studios, diarahkan Zul Huzaimy Marzuki dan skrip nukilan Mufid Suhaimi.

Nantikan drama Suamiku Paling Sweet adaptasi novel karya Anjell yang bersiaran dalam 28 episod, dijangka pada Ogos ini di Slot Akasia TV3, saluran 103.
Drama Suamiku Paling Sweet lakonan Mawar dan Syafiq Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan