Perodua Bezza - Sedan pertama keluaran Perodua akan dilancarkan secara rasmi pada 21hb Julai 2016. Perodua Bezza merupakan model sedan kompak yang dibangunkan dari platform Axia.
Spesifikasi dan ciri-ciri menarik pada model Perodua Bezza:
- Sedan EEV pertama keluaran Perodua
- Tiga varian : Standard G, Premium X dan Advance
- Ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu coklat, biru, merah, hitam, silver dan putih.
- Dua pilihan Enjin : 1.0 liter (1KR-VE dengan VVT-i) dan 1.3 liter (1NR-VE dengan Dwi VVT-i)
- Pilihan transmisi manual dan empat-kelajuan automatik untuk varian Standard G, Premium X dan Advance hanya ada pilihan empat-kelajuan automatik sahaja.
- Sistem "Eco-Idle" (sistem henti melahu) untuk varian Advance sahaja
- Pengiktirafan 5-bintang Asean NCAP untuk varian Advance sahaja
- Ruang bagasi yang luas, 508 liter
- Susunan tempat duduk yang fleksibel (8+1) dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40
- Sistem ABS dengan EBD sebagai ciri standard semua varian
- Jaminan waranti 5 tahun atau 150,000 km oleh Perodua
Video Perodua Bezza
Ciri-ciri dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016
Senarai Harga Perodua Bezza
- Perodua Bezza 1.0L Standard G Manual - RM37,300
- Perodua Bezza 1.0L Standard G Auto - RM39,300
- Perodua Bezza 1.3L Premium X Manual - RM42,800
- Perodua Bezza 1.3L Premium X Auto - RM44,800
- Perodua Bezza 1.3L Advance Auto - RM50,800
Brochure Perodua Bezza 2016
Untuk maklumat yang lebih terperinci spesifikasi penuh Perdoua Bezza 2016, harga dan sebagainya, anda boleh memuat turun brochure Perodua Bezza 2016.
Download Brochure | Format: PDF / Saiz: 2.87MB
atau anda boleh terus layari laman web rasmi
Download Brochure | Format: PDF / Saiz: 2.87MB
atau anda boleh terus layari laman web rasmi
0 comments:
Catat Ulasan