RTM berkongsi memaparkan kisah legasi tomoi Muay Thai yang diterap dalam telemovie bertajuk "Sawadee Thirat" (Apa Khabar Thirat) terbitan Pentas Wayang Production arahan Dato T S Jeffry yang bakal menemui penonton pada 6 Ogos ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV1.
Video SThirat soon!
Mengisi slot Panggung Seri, penggambaran telemovie ini di sekitar Tumpat, Kelantan terutama di Kg. Terbak, Kg. Sedar, Tumpat, dan Pantai Sri Tujuh. Antara pelakon yang membintangi Sawadee Thirat iaitu Zahiril Adzim, Wan Hanafi Su, Zoee Tan, Zaidi Gerak Khas, Wan Suhaimi dan Natasha Elyzza.
Bertemakan nostalgia perhubungan lama telah berputik kembali diantara Kiet dan Wilai. Setelah 25 tahun berpisah Wilai dan anaknya balik ke kampung. Kisah percintaan dua kekasih lama yang sanggup korban untuk menyatukan anak saudara Kiet dan anak Wilai iaitu Thirat ditonjolkan dalam telemovie menarik ini.
�Sawadee Thirat� mengangkat kisah percintaan tiga segi di antara Nizam, Wichai dan Thirat yang mana telah berlaku setelah pertunangan diantara Thirat dan Wichai. Wichai telah cemburu pada Nizam yang bersama berbincang hal perniagaan dengan Thirat sehingga berlaku pergaduhan.
Wilai merasa dukacita dengan apa yang berlaku terhadap mereka yang bertelagah. Sebagai usaha untuk mengembalikan perdamaian di antara semua yang terlibat. Kiet dan Pak Derani telah jodohkan Wichai dan Thirat. Wichai berjanji akan menjadi suami yang baik kepada Thirat.
Saksikan nanti apa kesudahan telemovie Sawadee Thirat pada Sabtu minggu depan di TV1 jam 10 malam.
0 comments:
Catat Ulasan