[RASMI]-Fafau nikah pada 17 September ini


Timeline Cover
Timeline Cover
Fafau nikah pada 17 September ini
Farah Fauzana

"Selama ini, kami selalu keluar beramai-ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Jadi, menerusi cara itu juga mungkin orang tidak dapat menghidu persahabatan kami," katanya.

Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, 36, akan menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September depan. Bercakap kepada wakil media di sini hari ini, bekas penyampai Hot FM itu berkata, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini.

Menurut Fara, mereka memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi, manakala acara resepsi pula diadakan pada tengah hari tarikh yang sama. Majlis bertandang pula dirancang berlangsung seminggu selepas acara akad nikah, di Kuala Lumpur.

Pada sidang media itu Fara turut memberitahu, tiada majlis pertunangan dilangsungkan antara dirinya dengan Hafiz. "Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas.

Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir. "Saya pun banyak bertekak 'manja' dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, seperti sering dilakukan ketika perkahwinan. Saya enggan menyusahkan sesiapa," katanya.

Mengenai perkenalan bersama bakal suami, wanita itu berkata mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. "Begitupun, kami hanya kian rapat dan serius ke arah perkahwinan sejak baru-baru ini. Kami bertemu selepas diaturkan teman pada sebuah majlis makan.

Kata pemenang beberapa kali trofi Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini, beliau mempunyai lebih banyak waktu untuk memikirkan soal berumah tangga selepas mengundurkan diri daripada radio milik Media Prima Berhad itu kira-kira lima bulan lalu.

Ditanya lebih lanjut mengenai bakal suami, Fara berkata, buat masa sekarang beliau lebih selesa memperkenalkannya sebagai Hafiz saja. "Selebihnya, rakan media dan tetamu akan tahu pada majlis perkahwinan kami nanti. Apa yang boleh saya kongsi, seperti saya, dia juga berasal dari Shah Alam.

"Sikapnya pula agak bertentangan dengan diri saya. Selain pemalu, dia juga lebih banyak diam dan hanya bercakap apabila dirasakan perlu. "Saya tertarik dengannya atas faktor agama dan keperibadiannya. Tidak dinafikan juga, dia sangat sabar dan tahan dengan sikap saya," kata bekas pengacara rancangan Nona dan Melodi ini. - BHarian
Fafau nikah pada 17 September ini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan