�Ini adalah watak utama yang pertama saya jayakan. Menerusi watak ini saya menjadi seorang doktor dan wanita yang kelam-kabut dan kadang-kadang gedik kerana ingin menambat hati seorang lelaki.
Yakin dengan rezeki yang datang pelakon Niena Baharun, 23, berasakan tidak perlu berlakon tergedik-gedik sehingga merosakkan penampilannya sebagai wanita bertudung.
Bagi Niena, apa juga watak perlu dicuba namun tidak perlulah �over� sehingga membuatkan orang meluat.
Tampil dengan watak Doktor Ariana yang �clumsy� menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3, Niena berharap watak gedik yang dilakonkan tidak menjadi kebencian penonton terhadap dirinya.
�Tidak saya nafikan ia mencabar buat diri kerana saya bukanlah seorang yang gedik dan watak ini sangat berbeza dengan karakter sendiri. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan