[RASMI]-LifeBuuk: Cipta 'Buku Bergambar', Muat Naik Dan Dapatkan Versi Bercetak Dipos Ke Rumah Anda!


Timeline Cover
Timeline Cover
LifeBuuk: Cipta 'Buku Bergambar', Muat Naik Dan Dapatkan Versi Bercetak Dipos Ke Rumah Anda!

Selama ini dengan cara 'tradisional', kita akan ambil gambar, dan biarkan ia disimpan dalam kad memori, storan awan atau cakera keras luaran. Jika ingin dicetak, pengguna hanya akan memilih gambar tertentu dan dicetak juga secara 'tradisional', hanya gambar tanpa ada apa-apa modifikasi atau tambahan untuk elemen 'keceriaan'.

Pernahkah anda terfikir, untuk mendapatkan sebuah buku bergambar yang cantik dan stylo, dan kemudiannya boleh dimuat naik, dicetak dengan teknologi dari Fujifilm, seterusnya dihantar ke rumah anda.

Anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi LifeBuuk.

Saya memang meminati fotografi mobil. Namun belum pernah ada sekeping gambar pun yang saya gunakan untuk dicetak dek kerana cetakan biasa belum lagi menarik perhatian saya, hinggalah 'terjumpa' dengan LifeBuuk, yang menawarkan khidmat cetakan dengan teknologi dari Fujifilm, dan juga kertas Fujifilm Crystal Archive anti kabur yang diimport terus dari Amerika Syarikat.

Atas sebab itu saya terus mencuba aplikasi ini, yang mana ia memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih dari senarai galeri gambar, Facebook ataupun Instagram sebanyak 50 keping gambar untuk dikompilasikan dalam satu album. 1 album LifeBuuk bermula semurah RM28 sahaja, manakala bundle sebanyak 2 buah dicaj sebanyak RM48, dan 3 buah pula adalah sebanyak RM60. Promosi 3 album ini berlangsung sehingga 15 September 2016. Kesemua pakej hadir dengan pos percuma ke seluruh Malaysia!

Berikut adalah paparan-paparan skrin aplikasi LifeBuuk, beserta penerangannya.

 

Gambar di atas memaparkan permulaan kepada aplikasi ini. Di sebelah kanan terdapat menu pilihan dari LifeBuuk Draft, My Account, Status/Reprint, Instructions, Share Us, dan Settings.

 

Apabila anda memilih salah satu dari pakej yang ditawarkan, anda akan dipapar dengan pilihan untuk memuat naik gambar-gambar sama ada dari galeri di telefon, Facebook, atau Instagram.

 

Gambar di atas menunjukkan saya sedang memilih gambar-gambar dari galeri yang ingin saya cetak keluar. Diingatkan, anda boleh memilih sehingga 50 keping gambar bagi tujuan cetakan. Ya, 50 keping gambar, album penuh dengan reka bentuk tersendiri, hanya berharga RM28 sahaja!


Setelah anda siap memilih kesemua gambar, anda perlu juga memilih satu gambar untuk muka hadapan (cover photo). Gambar muka hadapan bukan dari gambar galeri sebaliknya adalah dipilih melalui pilihan yang diberikan oleh aplikasi (sila lihat contoh 3 gambar kecil di atas). Aplikasi LifeBuuk juga mempunyai pilihan bagi anda untuk meletakkan keterangan (caption) pada gambar dan boleh juga menyunting kesemua gambar-gambar tersebut.

Tentang 'cover photo': Gambar muka hadapan akan ditukarkan pada 1hb, setiap bulan. Ini bererti tiap-tiap bulan, gambar bagi kulit muka hadapan tidak akan sama. Sebanyak 3 pilihan akan diberikan kepada para pengguna. Ia juga bermakna, setiap kulit adalah unik bagi setiap pengguna. Jika bulan ini anda tidak melakukan apa-apa cetakan, anda akan 'terlepas' peluang menggunakan gambar yang mungkin lebih menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada. Rajin-rajinlah semak aplikasi LifeBuuk untuk melihat cover photo yang baharu.

Berikut adalah contoh-contoh gambar kulit muka hadapan album. Oh ya, jangan lupa, hari ini ialah hari terakhir anda boleh memilih kulit muka hadapan bagi pilihan bulan Ogos ini.




Anda boleh memilih untuk pra-tonton album anda terlebih dahulu. Sebagaimana yang anda lihat pada pra-tonton tersebut, seperti itulah ia akan dicetak nanti.

 

Setelah itu, anda sudah boleh pilih untuk bayar! Jika anda mendaftar menggunakan alamat e-mel, terdapat pilihan di awal nanti untuk anda memasukkan butiran alamat rumah. Album LifeBuuk anda akan dihantar ke alamat tersebut.

 

Siap! Anda perlu klik pada 'Upload' untuk memuat naik gambar-gambar yang telah anda pilih tadi bagi tujuan cetakan dari pihak LifeBuuk. Selepas beberapa hari, LifeBuuk akan menghantar nombor pengesanan (tracking number) kepada e-mel anda.


Nota: Buat pengguna yang beralamat di Putrajaya, tiada pilihan untuk Putrajaya, sebaliknya pembangun LifeBuuk mengatakan anda perlu memilih 'Kuala Lumpur' buat masa ini. Ralat adalah tidak disengajakan dan akan dikemaskini dalam versi akan datang.

Selesai! Tak sabar rasanya hendak mendapatkan album tersendiri yang direka bentuk oleh LifeBuuk!

Anda boleh muat turun aplikasi LifeBuuk melalui pautan di bawah. Selamat mencipta album Buku Bergambar berteknologi Fujifilm anda sendiri!

Saya akan kemaskini artikel ini apabila saya telah pun menerima album saya. Jika anda berminat, jangan ragu-ragu untuk klik dan muat turun sekarang. Ianya serasi dengan sistem operasi Android dan iOS. Jika anda telah menggunakannya, berikan komentar anda. Saya harap anda akan suka dan berpuas hati dengan album yang bakal anda hasilkan.

Download LifeBuuk for Android
Download LifeBuuk for iOS
LifeBuuk: Cipta 'Buku Bergambar', Muat Naik Dan Dapatkan Versi Bercetak Dipos Ke Rumah Anda! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan