[RASMI]-Bayi Lelaki Ini Lahir Dari DNA 3 Individu Hasil Dari Teknik Kontroversi


Timeline Cover
Timeline Cover
Bayi Lelaki Ini Lahir Dari DNA 3 Individu Hasil Dari Teknik Kontroversi

Satu pasangan dari Jordan telah cuba untuk mendapatkan anak hampir 20 tahun lamanya. Selepas berkahwin selama sepuluh tahun dan disahkan hamil, beliau mengalami keguguran pula sebanyak empat kali.

Seorang bayi lelaki telah berjaya dilahirkan hasil dari teknik gabungan DNA dari tiga orang individu. Ibunya, yang sebelum ini mempunyai dua orang anak namun keduanya meninggal dunia akibat penyakit yang kurang dikenali serta jarang berlaku, juga pernah mengalami empat kali keguguran, telah melahirkan bayi melalui teknik terbaru yang kontroversi.

Rawatan kesuburan yang dijalankan bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai genetik penyakit (yang jarang berlaku) supaya hamil dan tidak memindahkan penyakit itu kepada bayi yang dikandung. Dalam kes ini penyakit tersebut adalah 'Sindrom Leigh', sejenis gangguan saraf yang boleh membawa maut. Ibu tersebut merupakan pembawa penyakit dan meskipun beliau bertubuh badan sihat, DNA-nya masih mempunyai genetik penyakit yang boleh diwariskan kepada bayi.

Akibat dari sindrom Leigh, dua dari anaknya tidak dapat diselamatkan, meninggal dunia pada usia enam tahun, dan lapan bulan. Wanita itu dan pasangannya cuba mendapatkan bantuan dari Dr. John Zhang, di New Hope Fertility Center dalam Bandar New York.

Dr. Zhang telah mengusahakan satu kaedah bagi mengelakkan penyakit mitokondria - kaedah yang beliau namakan sebagai 'teknik tiga ibu bapa'. Kaedah yang diluluskan di UK ini dipanggil sebagai pemindahan pronuklear, iaitu suatu cara mensenyawakan kedua ovum si ibu dan ovum penderma bersama sperma bapa. Sebelum setiap ovum yang disenyawakan itu mula berbahagi kepada embrio peringkat awal, setiap nukleus akan dikeluarkan. Nukleus dari ovum penderma akan dibuang lalu digantikan dengan nukleus dari ovum ibu.

Disebabkan agama Islam melarang daripada 'memusnahkan' embrio, dan ditentang oleh pasangan tersebut, Dr. Zhang menukar pendekatannya dengan cara baru yang beliau panggil sebagai 'pemindahan nuklear gelendong'. Beliau membuang nukleus dari ovum ibu, dan kemudian memasukkan ia ke dalam ovum penderma - yang juga telah dibuang nukleusnya. Ovum yang dihasilkan tersebut, yang mendapat 'DNA nuklear' dari ibu dan DNA mitokondria dari penderma, kemudiannya disenyawakan dengan sperma bapa.

Dr. Zhang bersama kumpulannya telah menggunakan kaedah ini dan berhasil mendapatkan lima embrio, yang akhirnya hanya satu sahaja berjaya berkembang secara normal. Embrio ini kemudian diimplankan ke dalam rahim si ibu dan akhirnya seorang bayi lelaki dilahirkan sembilan bulan kemudian. Bayi itu disahkan sihat tanpa sebarang penyakit.



Kalau anda 'keliru' dengan bahasa Melayu, sila baca sumber asal di bawah.

Sumber berita/gambar : New Scientist
Bayi Lelaki Ini Lahir Dari DNA 3 Individu Hasil Dari Teknik Kontroversi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan