[RASMI]-Untuk Kemas-kini Lebih Pantas, Oxygen dan HydrogenOS Bergabung


Timeline Cover
Timeline Cover
Untuk Kemas-kini Lebih Pantas, Oxygen dan HydrogenOS Bergabung
kredit pada XDA Developers


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu kita lagi dalam topik ini
ROM HydrogenOS pada OnePlus 2, agak cemerlang dengan ketahanan baterinya tapi pada OnePlus 3, ketahanan baterinya tidak semantap pada OnePlus 2.
ROM OxygenOS pula, update yang terkini pada OP3 quite nice ketahanan baterinya.

ROM HydrogenOS cepat update dan semuanya laju berbanding dengan OxygenOS.
Jadi, Oneplus telahpun mengabungkan OxygenOS dengan HydrogenOS menjadi Water OS (O2+H2=H20). hahaha gurau2 ja.
Tapi ROM OxygenOS ada Play Store (GApps) siap2 dalam ROM tersebut manakala HydrogenOS pula tiada (Play Store (GApps), jadi kena flash manual via TWRP (Stock Recovery tidak boleh flash)

OnePlus juga merupakan telefon pintar alternatif Nexus, yang mana ia laju, dan boleh kita mengubahsuai mengikut citarasa kita dan mendapat sokongan ROM CyanogenMod, yayy.
Tetapi ROM OxygenOS hanya terdapat pada model US, Europe atau Global sahaja manakala ROM HydrogenOS pula terdapat pada model China sahaja.
Walapun model anda berlainan tempat, anda boleh flash ROM tersebut sendiri. Kan?

OxygenOS lebih kurang seperti ROM pada Nexus phones. Pure stock Android, boleh ubahsuai mengikut citarasa anda, kita advance sikit, Root dan install Xposed (Ini jahat sikit .hihihi)
HydrogenOS pula, tidak seperti AOSP, ia lebih kurang seperti EMUI, MIUI (ROM yang base on Chinese, malah ada app kamera hanya support untuk ROM Chinese. Pelik kan? Hmm.

Jika fikir logik, macam rumit kan nak kekalkan dua ROM yang berfungsi berlainan asas.
Isu gabung ni menjadi buah mulut dalam social media, dan mereka telah pun keluarkan OxygenOS 3.5.0 Community Build untuk pengguna untuk merasainya sendiri. Kini, telah pun keluar versi baru, iaitu OxygenOS V3.5.2 Community Build (2016-09-14)

Notification drawer ada sedikit element Android 7.0, Nougat, boleh tukar network SIM data, Battery Saver dan Night mode dekat notification drawer, dan Dark Mode agak menarik serta dengan accent color menarik. Bukan itu sahaja, terdapat Night Mode (nak macam iOS la) dan ambient display dan proximity wake (tak boleh hidup tanpa function tu. hehe). Dalam versi ini juga, anda boleh pilih screen mode, ada tiga pilihan iaitu Default (warna nampak lebih cantik), sRGB (biasa2 saja, seperti screen OnePlus 2), dan Customization (Cool and Warm)

File manager kini ada sekali dengan Google Drive, jadi anda boleh access drive anda dengan mudah (anda juga boleh guna app Google Drive). Jika anda perasan, file manager dia nak macam HydrogenOS punya (ye la, depa dah gabung hahaha). 
Oneplus Music, merupakan app music player baru bagi OxygenOS CB ini dan ia mesra pengguna.
Message dan Phone menggunakan HydrogenOS punya (tapi lebih selesa yang Google punya :(, tapi boleh pasang manual Google Contact).

Recent app, seperti HydrogenOS di mana anda boleh lock app yang anda tak mahu tertutup (seperti WhatsApps, kalau tutup, nanti notification masuk bila anda buka app tu), close all button dan feature OxygenOS, Normal clear and Deep clear.
Power off, Reboot mode agak menarik, jika anda perasan, ia seperti ColorOS haha.

Ini changelog bagi V3.5.2
  • Added �kill all background processes� button in recents menu
  • Added long press options in messages application
  • Enhanced incoming call notification UI
  • Added manual �check for update� button
  • Added additional directions for first fingerprint configuration
  • Battery Saver mode optimizations and enhancements
  • Added back contacts widget in launcher
  • Improved dialer speed
  • New modes added in control panel (night mode and battery saver)
  • Added support for PIN codes up to 6 digits
Jadi ini merupakan Open Beta, risiko tanggung sendiri yer dan versi 3.5.2 ni merupakan bootloader baru, jadi anda harus flash TWRP baru yang telah dimodifiedkan, TWRP Modified (ia sama kes masa OnePlus 2 kena pakai TWRP kuning. hihihi)

Ini screenshot dari thread OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli? Saya sudahpun tunjuk Community Build dalam artikel tersebut, tapi bukan 3.5.2 lah.

klik untuk lebih jelas

Jadi, ada sebarang komen dan cadangan serta pendapat?
Leave it dekat komen bawah tu yer? Terima kasih :D
Untuk Kemas-kini Lebih Pantas, Oxygen dan HydrogenOS Bergabung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan