Pembayaran balik secara online adalah digalakkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran �online� dan �cashless� merupakan cara yang paling cepat, mudah, selamat, praktikal dan bijak dengan menggunakan kepintaran teknologi informasi dan komunikasi masa kini yang berasaskan internet.
Komputer atau telefon mudah alih, mana-mana dan bila-bila masa sahaja
Transaksi tersebut kini boleh dilakukan melalui sama ada komputer atau telefon mudah alih, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda digalakkan untuk mengunakan akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan kewangan tertentu yang anda punyai untuk pembayaran balik pembiayaan PTPTN seperti akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit.
Saluran terbaru � JomPAY
Satu lagi pilihan bijak adalah melalui JomPAY, satu kemudahan bayaran balik pinjaman yang percuma, cepat, mudah dan selamat. Anda boleh melakukan transaksi pembayaran balik melalui mana-mana bank (40 bank) secara mudah melalui kemudahan �Internet & Mobile Banking� (Perbankan Internet & Mobil) dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur. Tidak kira di mana anda berada, transaksi ini sentiasa bersedia di sisi anda untuk kemudahan maksimum anda. Dengan JomPAY, anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan cek atau wang tunai dan tidak perlu ke bank atau pusat PTPTN untuk menyelesaikan bayaran balik. Pembayaran online adalah cara yang paling menjimatkan masa dan menjamin produktiviti anda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, ia disediakan secara percuma!
40 bank terlibat
40 bank yang menyediakan kemudahan pembayaran balik secara online adalah Affin Bank, Affin Islamic, AmBank, AmBank Islamic, Alliance Bank, Alliance Islamic Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank of America Merrill Lynch, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNP Paribas, BSN, MUFG, CIMB Bank, CIMB Islamic, Citibank, Deutsche Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, HSBC, HSBC Amanah, ICBC, JP Morgan, Kuwait Finance House, Mizuho, Maybank, Maybank Islamic, OCBC Bank, OCBC Al-Amin, Public Bank, Public Islamic Bank, RBS, RHB Bank, RHB Islamic Bank, SMBC, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq dan UOB.
Tanggungjawab peminjam
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah (Ujrah), perlindungan takaful, cukai setem cukai hasil dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.
Tempoh mula bayaran balik pinjaman
Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
Kemaskini Maklumat
Untuk memastikan transaksi bayaran balik pembiayaan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen atau pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Cara Pembayaran PTPTN Secara Online
Rating: 4.5
Diposkan Oleh: layanstreaming.com
0 comments:
Catat Ulasan