[RASMI]-Senarai Program dan Telemovie Sempena Deepavali


Timeline Cover
Timeline Cover
Senarai Program dan Telemovie Sempena Deepavali
Drama Deepavali

Perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut-penganut agama Hindu di seluruh dunia bakal menjelma tidak lama lagi. Bersempena dengan sambutan pesta cahaya tahun ini, TV3 dan TV9 tidak ketinggalan menyajikan beberapa program menarik untuk tontonan semua seperti Warna Warni Deepavali, Kari Sanjana dan Cahaya Muthusamy.

Berikut ialah senarai program yang akan disiarkan:

TV3
Jumaat, 28 Oktober 2016
Lingaa, 9.02 malam � 1.00 pagi
Sebuah empangan yang terletak di kampung Solaiyur merupakan sumber kehidupan penduduk-penduduk di kampung itu sedang berada dalam penilaian untuk keutuhan struktur oleh Jabatan Kerja Raya. Seorang pegawai inspektor yang menilai empangan itu menyatakan bahawa empangan itu masih teguh walaupun sudah dibina selama 75 tahun. Pada petang itu, pegawai inspektor tersebut telah dibunuh oleh seorang ahli parlimen tempatan bernama Nagabhushan kerana dia ingin memusnahkan empangan itu demi manfaatnya sendiri.

PELAKON: Rajinikanth, Anushka Shetty, Sonakshi Sinha, Santhanam, Jagapati Babu

Sabtu, 29 Oktober 2016
Warna Warni Deepavali, 9.00 pagi � 11.00 pagi
Sebuah rancangan bual bicara edisi khas sempena perayaan Deepavali yang berkonsepkan sambutan rumah terbuka bersama warga emas, anak yatim dan keluarga yang memerlukan dari kalangan masyarakat India. Pelbagai pengisian istimewa disediakan seperti mendekati golongan masyarakat Chettiar, mengetahui keistimewaan dan evolusi pakaian sari, menyelami keunikan juadah masyarakat India, serta persembahan nyanyian dan tarian yang menarik. Rancangan selama 2 jam ini bakal diserikan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon filem Jagat. Lebih menarik lagi, Kenchana Devi, Raja Ilya, Shiha Zikir, dan bekas atlet paralimpik negara, P. Mariappan, turut menjadi tetamu istimewa dalam rancangan istimewa ini.

HOS: Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim, Ahmad Fedtri Yahya dan Zaim Helmi

Sabtu, 29 Oktober 2016
Putu Piring VS Putu Mayam, 12.02 tengahari � 1.30 petang
Wafia atau mesra dipanggil Pia adalah seorang peniaga putu piring. Pia mempunyai seorang suami bernama Hadi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Akif. Pia selalu merendah-rendahkan suaminya. Dia selalu mengungkit tentang gaji suaminya yang kecil. Padanya jika bukan hasil pendapatannya berniaga putu piring kehidupan mereka tidak semewah sekarang. Pia selalu menengking Hadi meskipun di hadapan orang lain. Ini membuatkan Hadi malu dan terasa tercabar maruahnya sebagai seorang lelaki. Hadi nekad melakukan sesuatu.

PELAKON:  Jihan Muse, Azhan Rani, Rafael El Arash, Bodt Sharadee, Raneetha Viraya

Panggung Sabtu: Sivaji The Boss, 2.00 petang � 5.30 petang
Sivaji telah pulang ke India dari Amerika Syarikat. Dia ingin menubuhkan Sivaji Foundation untuk membina hospital-hospital dan institusi pendidikan bagi membantu orang-orang yang kurang bernasib baik. Namun, seorang usahawan bernama Adiseshan menganggap Sivaji sebagai pesaingnya.

PELAKON: Rajinikanth, Shriya Saran, Vivek, Suman

Cerekarama: Kari Sanjana, 9.00 malam � 11.00 malam
Farhan dan Linda adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa. Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resepinya diberi nama Kari Sanjana. Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seperti masih belum bersedia untuk berkongsi cerita. Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu. Satu hari, ketika Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Apakah yang akan terjadi dengan Farhan? Dapatkah Linda dan Farhan mencari siapakah Sanjana?

PELAKON: Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Rama, Thana Letchumi, Kalpana Shree, Shruti Sargunan

TV9
Isnin, 24 Oktober 2016
Skrin Di 9: Cahaya Muthusamy, 8.30 malam � 10.30 malam
Sam dan keluarganya sudah lama tidak menyambut Deepavali. Hubungan Sam dan keluarganya juga menjadi semakin renggang. Oleh itu, Sam menjadi lebih tekad untuk menerima tawaran bekerja di sebuat studio fotografi yang terletak di Sydney, Australia. Sam menganggap tawaran itu sebagai jalan yang terbaik untuk fasa seterusnya dalam kehidupan. Pada suatu hari, Atuk Sam telah dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung. Peristiwa ini menyebabkan Sam mula berusaha untuk merapatkan kembali hubungan antara semua ahli keluarganya. Namun, dia harus berdepan dengan pelbagai cabaran dan masa semakin suntuk. Dia cuba memasak makan malam untuk keluarganya. Tapi kesudahannya semua ahli keluarganya saling bergaduh di meja makan. Sam tidak putus asa, dia membawa keluarganya ke Batu Caves dengan harapan 'family-outing' ini dapat merapatkan ahli keluarganya. Sekali lagi mereka saling bergaduh. Adakah Sam berjaya menyambut Deepavali bersama ahli keluarganya tahun ini?


Sabtu, 29 Oktober 2016
Cikgu Kamala, 4.00 petang � 5.30 petang
Dengan menunggang motosikal vespa kesayangannya, Cikgu Kamala tiba di Kampung Selasih. Cikgu Kamala seorang guru berbangsa India telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah yang terletak di pinggir bandar itu.

PELAKON: Puspha Narayanan, Fathil Dani, Hilal Azman, Wawa Zainal.

Jangan lupa untuk menyaksikan susunan program menarik yang telah disediakan khas buat penonton-penonton setia TV3 dan TV9 sempena Hari Deepavali ini!
Senarai Program dan Telemovie Sempena Deepavali Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan