[RASMI]-Anne masih minat berlakon


Timeline Cover
Timeline Cover
Anne masih minat berlakon
Anne

Kata Anne atau Ngasriah Ngasri, sejak usia tiga tahun dia sudah menceburi bidang seni dan hingga kini cinta dan minatnya tidak pernah padam.

Status isteri dan ibu kepada empat anak bukan alasan bagi Datin Anne Ngasri, 32, untuk duduk diam. Sungguhpun sibuk menguruskan anaknya, setiap tahun dia akan muncul dalam beberapa drama walau hanya sekadar watak sampingan.

Cukup dikenali melalui siri Cili Padi yang disiarkan TV3 pada 1993, Anne sudah masak dengan asam garam anak seni yang adakalanya berada di atas dan kadang-kala di bawah.

�Saya tidak pernah meninggalkan dunia seni. Saya masih ada dan akan terus berlakon selagi tawaran diberikan itu sesuai dengan masa dan menarik perhatian saya.

�Mungkin disebabkan drama saya kurang popular membuatkan penonton tidak menyedari saya masih berlakon.

�Saya juga banyak berlakon dengan syarikat sendiri dan sekadar memegang watak sampingan kerana ada banyak komitmen lain yang memerlukan perhatian saya,� katanya.

Walaupun produksi sendiri, Anne tidak mahu menyusahkan pihak lain semata-mata mahu mengikut jadualnya.

�Bukannya saya tidak mahu aktif seperti dulu tetapi kekangan masa. Saya ada keluarga yang perlu diuruskan dan diberi perhatian. Anak-anak bersekolah dan anak bongsu masih kecil,� katanya.

Selain itu, Anne menyandang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, namun dia tidak terfikir untuk melangkah lebih jauh sebagai wakil rakyat.

Katanya, itu sebagai tanda sokongan kepada suaminya, Datuk Sumali Reduan.

Anne berkata, memegang jawatan itu pun ada banyak perkara yang harus dijalankan dengan baik apatah lagi menjadi wakil rakyat.

�Saya hanya ingin fokus menjalankan tanggungkawab sebagai Ketua Puteri UMNO dan sesekali muncul di televisyen menerusi drama.

�Ada banyak aktiviti yang dijalankan dan memerlukan saya turun padang. Selaku Ketua Puteri UMNO, saya ada tanggungjawab besar untuk mengemudi serta melaksanakan segala aktiviti yang dibincangkan. Antaranya membantu golongan memerlukan,� katanya.

Kata Anne, dia selesa dan gembira dapat membantu golongan memerlukan kerana dapat bertemu mereka dan mendengar masalah yang mereka hadapi.

Dia juga gembira apabila namanya turut dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang berlangsung awal September lalu.

Katanya, ia menjadi kenangan manis buatnya walaupun sekadar dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem Love Supermoon.

�Sehingga kini, saya masih tidak percaya dicalonkan antara lima terbaik dalam kategori itu. Maklumlah selepas 10 tahun bergiat dalam dunia seni, saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana kategori anugerah di Malaysia.

�Pencalonan itu adalah bukti saya masih berlakon. Saya pernah berlakon Dunia Baru The Movie tetapi tidak mendapat apa-apa pencalonan. Sebab itulah saya tidak jangka dicalonkan pada FFM28 yang lalu,� katanya.

Anne juga tidak terkilan walaupun agak lewat menerima pencalonan anugerah dalam lakonan. Baginya, peluang berlakon dan dicalonkan serta menang anugerah itu adalah rezeki.

�Setiap individu itu mempunyai rezeki berbeza. Mungkin pada mata kasar, filem Love Supermoon kurang mendapat sambutan memberangsangkan, namun ia satu cara untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya masih berlakon. Cuma keutamaan saya pada masa ini adalah keluarga.

�Saya juga tidak menyasarkan apa-apa apabila berlakon. Ia sekadar melepaskan rasa rindu pada bidang lakonan yang sudah lama diceburi,� katanya.

Biarpun sibuk menguruskan anaknya, Abdul Warits, 11, Abdul Wafri, 8, Nazharah Afrozah, 6, dan Sufi Harraz, 3, pelakon dan penerbit itu bersiap sedia menerima tawaran dan menyumbangkan bakatnya walaupun hanya sekadar watak pembantu.

Anne juga akui tidak akan menghalang minat anak seandainya mereka cenderung mengikut jejak langkahnya menjadi anak seni.

Anak sulungnya pernah terbabit dalam iklan komersial Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tetapi hanya setakat itu.

�Sebagai ibu, saya tidak akan menghalang minat mereka tetapi tidak juga akan mendesak mereka untuk mengikut jejak langkah saya. Biar mereka sendiri yang tentukan hala tuju hidup.

�Apabila mereka sudah dewasa, pastinya ada kemahuan sendiri. Setakat ini saya melihat anak sulung lebih cenderung ke arah seni lakon tetapi tidaklah seperti kanak-kanak lain yang minat itu jelas kelihatan. Pun begitu, saya masih mementingkan pendidikan mereka,� katanya.
Anne masih minat berlakon Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan